Isnin, 30 September 2013

MESYUARAT GURU & STAF (LADAP) KALI KE - 6 2013 SK KABARUS

           Mesyuarat guru & staf (LADAP) kali ke-6 2013 SK KABARUS telah berlangsung dengan jayanya pada 21 September 2013 (Sabtu) jam 8.00 pagi di PKG Bukit Besar Kuala Terengganu yang melibatkan semua guru dan staf SK KABARUS. Setelah selesainya pendaftaran, semua guru dan staf mengambil tempat masing-masing dengan diikuti oleh ucapan pengerusi majlis iaitu GPK 1 Cikgu Noor Adzmee bin Daud. LADAP seterusnya dimulakan dengan pembentangan menarik menggunakan Power Point oleh guru besar SK KABARUS dengan tajuk yang dibawakan iaitu 'Pedagogi Berkualiti, P&P Menjadi'. Majlis kemudiannya berhenti seketika untuk menjamu selera dengan menu Nasi Minyak istimewa.
           Selanjutnya majlis diteruskan lagi dengan taklimat ringkas selama 15 minit yang disampaikan oleh pegawai YAPIEM iaitu Encik Muhammad Faizol Rahman yang memberikan kupasan yang menarik berkaitan sedekah jariah. Mesyuarat guru dan staf kali ke-6 kemudiannya dimulakan dengan pembentangan beberapa perkara yang berkaitan dengan kokurikulum dan kurikulum SK KABARUS sehinggalah majlis kemudiannya bersurai lebih kurang pada pukul 1.00 pm.





Pendaftaran guru dan staf SK KABARUS sebelum bermulanya mesyuarat



Semua guru dan staf SK KABARUS berdiri dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu tema sekolah 'Teman Sejati'

Para guru dan staf SK KABARUS fokus kepada taklimat yang disampaikan

Taklimat ringkas yang disampaikan pegawai YAPIEM cukup menarik perhatian guru dan staf SK KABARUS

Jamuan makan tengahari..Nasi minyak, aneka kueh dan buah-buahan tempatan



Selasa, 24 September 2013

PROGRAM SARANA IBU BAPA 2013 SK KABARUS

Program Sarana Ibu Bapa 2013 SK KABARUS telah dilaksanakan oleh pihak SK KABARUS selama 3 hari bermula 10-12 September 2013 yang terdiri dari semua guru/ staf/ pekerja SK KABARUS bersama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK KABARUS.

Berikut merupakan aktiviti yang dilakukan di sepanjang program tersebut :
09 September 2013 (Isnin) :
  • Program Sarana Ibu Bapa ini telah dirasmikan oleh YDP SK KABARUS iaitu Tn. Haji MD Harun bin Ibrahim di bilik Kemahiran Hidup.
  • Pada sebelah pagi telah diadakan bacaan surah Yaasin dan solat hajat UPSR bersama-sama dengan pelajar tahun 6 menjelang tibanya peperiksaan UPSR 2013.
  • Para pelajar beserta guru-guru tahun 6 kemudiannya telah dijamu makan tengahari dengan menu istimewa iaitu Nasi Arab bagi meraikan/ membakar semangat para pelajar UPSR sebelum mereka berjuang di dalam UPSR nanti.
10, 11 & 12 September 2013 (Selasa) :
  • Para pelajar UPSR berkumpul di dataran perhimpunan SK KABARUS dengan ditemani oleh ibu bapa dan guru tahun 6 SK KABARUS.
  • Taklimat dan tazkirah ringkas diikuti doa telah diberikan kepada para pelajar dan guru UPSR sebelum mereka dilepaskan ke dewan peperiksaan UPSR.
  • Para pelajar UPSR bersalaman dengan ibu bapa dan guru sebelum bergerak ke dewan peperiksan UPSR.
  • Majlis diakhiri dengan jamuan pulut durian untuk semua warga SK KABARUS termasuk PIBG di Foyer sekolah.
       
Para pelajar tahun 6 berkumpul di dataran perhimpunan sebelum dilepaskan ke dewan peperiksaan

Taklimat dan tazkirah ringkas beserta doa telah berikan

        
Para pelajar tahun 6 bersalam-salaman dengan ibu bapa dan guru sebelum ke dewan peperiksaan

       
Berdebar..para pelajar memasuki pintu dewan peperiksaan



Gotong royong memasak pulut durian...guru besar SK KABARUS mengeluarkan isi durian

by KABARUSBLOGGER

Ahad, 22 September 2013

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2013 SK KABARUS

                
Majlis Restu Ilmu UPSR 2013 ini telah berlangsung pada 8 September 2013 (Ahad) di dewan terbuka SK KABARUS di mana ianya merupakan satu program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR SK KABARUS yang mengumpulkan para pelajar UPSR 2013 dengan penjaga masing-masing di samping guru-guru SK KABARUS sebelum bermulanya peperikasaan UPSR 2013.
 
RASIONAL :
1. Meningkatkan semangat dan keyakinan diri.
2. Mengeratkan ikatan silaturrahim.
3. Menanam rasa syukur dan keinsafan dalam diri.
4. Memupuk sifat pemaaf dan penyayang.
5. Memberi sokongan moral yang jitu untuk kecemerlangan.
 

OBJEKTIF :
1. Memupuk hubungan ibu bapa/guru/murid menjadi lebih erat.
2. Membentuk semangat kekitaan untuk sama-sama mengecapi kejayaan.
3. Membina keyakinan dan jati diri murid.
4. Meningkatkan pencapaian UPSR 2013.
 

Program ini dimulakan dengan ucapan YDP PIBG SK KABARUS diikuti dengan ucapan guru besar dan ucapan wakil murid beserta bacaan ikrar kecemerlangan dan nyanyian lagu-lagu berunsur motivasi. Upacara Restu Ilmu ini dimulai dengan para pelajar UPSR 2013 yang diiringi dengan penjaga masing-masing bersalaman dengan semua guru bagi memohon restu. Guru angkat kemudiannya menyerahkan kit UPSR kepada penjaga sebelum ianya diserahkan anak masing-masing. Seterusnya para pelajar UPSR 2013 akan menyerahkan bunga rampai kepada penjaga mereka sebelum mereka bersalaman sesama mereka. Taklimat perjalanan hari UPSR 2013 turut diberikan kepada para pelajar dan penjaga agar semuanya menjadi jelas sebelum peperiksaan UPSR 2013 diduduki.
 
Antara gambar-gambar di sekitar majlis Restu Ilmu 2013 SK KABARUS :

Guru besar dan wakil pelajar tahun 6 menyampaikan ucapan
      
Para pelajar tahun 6, guru dan penjaga bergambar bersama-sama
     

     
Para pelajar tahun 6, guru dan penjaga bergambar, bersalaman dan bermaafan antara satu sama lain sebelum menduduki peperiksaan UPSR 2013
 by KABARUSBLOGGER

Isnin, 9 September 2013

PROGRAM HASRAT MEMBURU IMPIAN (HMI) SK KABARUS 2013

Program dimulakan dengan ucapan guru besar disaksikan oleh guru dan para pelajar SK KABARUS
   Program HMI ini merupakan satu program yang telah diilhamkan oleh pihak pentadbiran SK KABARUS di mana guru bersama staf sekolah telah dibahagikankan kepada 16 kumpulan kecil yang mana kumpulan-kumpulan ini akan menyumbangkan seunit hadiah bebas untuk diberikan kepada 16 orang pelajar tahun 6 yang telah dijangkakan mampu untuk mengharumkan nama SK KABARUS dengan mendapat semua A dalam kesemua mata pelajaran UPSR 2013. Sementara itu, 2 orang pelajar cemerlang yang bertuah akan mendapat 2 hadiah utama yang berupa basikal yang bakal dihadiahkan kepada pelajar yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam UPSR 2013 nanti. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar target 5A dalam UPSR 2013 SK KABARUS adalah seramai 18 orang pelajar dengan hadiah keseluruhannya berjumlah sebanyak 18 unit.

 
Hadiah utama HMI..berupa 2 buah basikal yang menjadi rebutan pelajar
    Sehubungan dengan itu, raptai penyerahan 16 unit hadiah dari kumpulan guru dan staf yang dibahagikan telah diadakan di dewan terbuka SK KABARUS pada 29 Ogos 2013 (Khamis) sebelum hadiah-hadiah tersebut disumbangkan kepada para pelajar harapan UPSR 2013 setelah peperiksaan UPSR diumumkan kelak.

      
  

Wakil dari 16 kumpulan yang mewakili guru dan staf SK KABARUS menyerahkan hadiah masing-masing kepada guru besa sebelum ianya disumbangkan kepada para pelajar cemerlang UPSR 2013

    Program ini juga diharapkan agar dapat memberikan motivasi yang tinggi bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tersebut tetapi juga berharap agar ianya mampu menjadi pemangkin kepada guru untuk terus membimbing dan mendidik para pelajar SK KABARUS yang berkenaan sehingga membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Kepada semua pelajar tahun 6 2013 SK KABARUS, kami kesemua warga SK KABARUS mengucapkan "SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2013 & KAMI MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA..AMIN..".
 
Program diakhiri dengan bacaan doa untuk keberkatan semua warga SK KABARUS