Ahad, 24 November 2013

GAHNYA MAJLIS GRADUASI & PENGANUGERAHAN PRESTASI CEMERLANG 2013 SK KABARUS

Backdrop Majlis Graduasi & Penganugerahan Prestasi Cemerlang 2013 SK KABARUS
        Majlis graduasi & anugerah kecemerlangan SK KABARUS telah didakan pada 11 November 2013 (Isnin) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu (JKKNT) Kuala Ibai pada pukul 9.00 am. Ianya telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPDKT, En. Azahar bin Abu Bakar. Para hadirin yang terdiri dari 50 orang pelajar tahun 6, 30 orang pelajar cemerlang dan 250 orang ibu bapa dan juga para guru SK KABARUS. Majlis ini adalah julung kalinya di adakan di auditorium yang serba indah dengan dibiayai sepenuhnya oleh pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu (JKKNT) iaitu En. En. Zaifri Husin.
         Majlis dimulakan dengan persembahan silat tari bagi menyambut ketibaan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPDKT, En. Azahar bin Abu Bakar diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan, Negaraku diikuti oleh lagu tema sekolah 'Teman Sejati' SK KABARUS. Intipati dari ucapan En. Azahar, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan majlis tersebut dengan jayanya. Program begini juga katanya dapat menjadi perangsang dan memberikan motivasi kepada ibu bapa dalam bidang akademik. Beliau turut menyentuh dan mengulas Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang ingin memperkasakan pelajar dalam pelbagai bidang dan keseimbangan taraf pendidikan yang melibatkan pihak sekolah dan NGO/ agensi luar.
          Majlis seterusnya berakhir dengan jamuan nasi minyak kepada semua hadirin yang hadir.
Guru-guru SK KABARUS sibuk menyiapkan bunga telur dan menyusun hadiah/ cenderamata
Para VIP mengambil tempat duduk dan diberikan bunga telur selamat datang
Guru Besar dan Timbalan Pegawai Pendidikan PPDKT menyampaikan ucapan
Para hadirin jemputan..Ibu bapa dan para pelajar graduasi/ cemerlang
Penyampaian graduasi kepada para pelajar tahun 6
Antara pelajar cemerlang yang menerima hadiah
Tokoh pelajar lelaki dan perempuan SK KABARUS 2013 yang terpilih

By KABARUSBLOGGER

Rabu, 20 November 2013

MESYUARAT GURU/ STAF KALI KE-7 & JAMUAN AKHIR TAHUN 2013 SK KABARUS

Guru & staf SK KABARUS yang menjadi tunjang kecemerlangan SK KABARUS
        Mesyuarat guru/ staf kali ke-7 & jamuan akhir tahun 2013 SK KABARUS telah diadakan serentak pada 09 November 2013 (Sabtu) di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Program ini dimulakan pada 10.30 am dengan  guru/ staf SK KABARUS bergambar beramai-ramai di perkarangan hotel. Seterusnya, nyanyian lagu tema SK KABARUS iaitu Teman Sejati SK KABARUS telah dinyanyikan beramai-ramai dengan mengikuti lirik dari slide Power Point yang disediakan. 
           Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan slide Power Point oleh guru besar SK KABARUS yang menfokuskan kepada 'post mortem' atau muhasabah kembali hasil dapatan/ kekuatan dan kelemahan program-program yang telah dijalankan di sepanjang tahun 2013 serta turut dibentangkan perancangan bagi tahun baru 2014. Pembentangan turut diselangselikan dengan video-video yang mempunyai unsur motivasi/ pengajaran sebagai selingan. Mesyuarat berakhir pada pukul 1.30 pm dan para guru/ staf SK KABARUS seterusnya menikmati jamuan akhir tahun 2013 di dewan makan Hotel Seri Malaysia. Program berakhir sepenuhnya pada pukul 2.30 pm. 
Cenderahati/ anugerah yang diberikan kepada guru/ staf

    
    
Nyanyian lagu tema SK KABARUS..Teman Sejati
Guru besar menyampaikan pembentangan kepada guru/ staf SK KABARUS
Bergambar kenangan selepas menjamu selera...

By KABARUSBLOGGER