Ahad, 27 April 2014

LADAP KALI KE-4 2014 SK KABARUS

Backdrop LADAP kali ke-4 2014
        LADAP kali ke-4 2014 SK KABARUS telah diadakan di PKG Bukit Besar pada 19 April 2014 (Sabtu) dengan dihadiri oleh semua guru dan staf SK KABARUS. Setelah pendaftaran selesai kira-kira jam 8.00 pagi, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa diikuti nyanyian lagu tema SK KABARUS iaitu Teman Sejati dan pembentangan tajuk LADAP bertajuk 'Formula Rabbani Pelajar Cemerlang' yang telah disampaikan oleh Cikgu Norita. LADAP seterusnya diteruskan dengan pembentangan menerusi slide Power Point yang disampaikan oleh Guru Besar SK KABARUS dengan membawakan banyak perkara serta isu-isu semasa berkaitan. LADAP berhenti sebentar dengan jamuan makan tengahari sebelum tetamu undangan iaitu pegawai dari Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad dijemput untuk menyampaikan ceramahnya yang berkaitan dengan kekoperasian warga pendidik.
Bacaan doa memohon berkat
Nyanyian beramai-ramai lagu Teman Sejati SK KABARUS
LADAP bertajuk 'Formula Rabbani Pelajar Cemerlang' yang disampaikan oleh cikgu Norita
LADAP seterusnya disampaikan oleh Guru Besar SK KABARUS
Para guru & staf SK KABARUS yang mengikuti LADAP
Jamuan tengahari..nasi berlauk
Slot penceramah jemputan..pegawai dari Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad         menyampaikan ceramahnya
                                                                                                         ByKABARUSBlogger

Selasa, 22 April 2014

MAJLIS CAKNA CEMERLANG DAN SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SK KABARUS

  
Guru dan staf SK KABARUS bergambar kenangan bersama perasmi jemputan sebelum majlis bermula
      Majlis Cakna Cemerlang dan Seminar Motivasi Kecemerlangan Pelajar SK KABARUS telah berjaya diadakan pada 10 April 2014 (Khamis) jam 8.30 pagi bertempat di dewan terbuka SK KABARUS. Majlis ini telah dihadiri oleh ibu bapa dan PIBG SK KABARUS dan telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Wan Mazlan bin Wan Ahmad selaku Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti, JPNT yang juga merangkap penceramah jemputan.

    Upacara penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang turut disempurnakan oleh perasmi/ penceramah jemputan setelah berakhirnya ceramah motivasi yang disampaikannya kira-kira jam 11.30 pagi dan majlis temu murni di antara ibu bapa dan guru diadakan sejurus selepas itu bagi membolehkan ibu bapa mengetahui perkembangan anak-anak mereka dari guru pembimbing masing-masing. Majlis selesai kira-kira jam 12.45 tengah hari.
Persembahan nasyid oleh pelajar SK KABARUS di awal majlis
Kehadiran ibu bapa yang sangat menggalakkan
Guru besar SK KABARUS dan perasmi/ penceramah jemputan menyampaikan ucapan masing-masing
Gimik pemotongan reben dan pembentangan banner UPSR 2014 oleh perasmi jemputan
Penganugerahan kepada para pelajar SK KABARUS yang cemerlang dalam kategori masing-masing
Temu murni di antara ibu bapa dan guru SK KABARUS di akhir majlis
Cenderahati disampaikan oleh guru besar SK KABARUS kepada perasmi jemputan
                                                                               ByKABARUSBlogger

Rabu, 2 April 2014

MAKLUMAN KEPADA SEMUA GURU, STAF, IBU BAPA DAN PIBG SK KABARUS...

SELAMAT DATANG KE..
MAJLIS CAKNA CEMERLANG DAN SEMINAR MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR 

CERAMAH MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR
(IBU BAPA PEMANGKIN KECEMERLANGAN PELAJAR)
HARI : KHAMIS (10.04.2014)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK KABARUS
PESERTA : IBU BAPA & PIBG SK KABARUS (300 ORANG)
PERASMI JEMPUTAN : TUAN HJ. WAN MAZLAN B. WAN AHMAD
(Penolong Pengarah Unit Jaminan Kualiti, JPNT)

"SK KABARUS...MENDEPANI KECEMERLANGAN"
                                                                                  ByKABARUSBlogger