Rabu, 31 Disember 2014


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2015
 
KEPADA SEMUA WARGA SK KABARUS
SELAMAT BERTEMU KEMBALI DI TAHUN BARU 2015
SEMOGA TAHUN INI KITA MULAKAN DENGAN LANGKAH CEMERLANG SEBAGAI SEORANG PENDIDIK TERBILANG MEMAJUKAN PELAJAR DAN SEKOLAH DENGAN SEGALA KEMAMPUAN YANG KITA ADA






JOOOM KITA MULAKAN
LANGKAH DENGAN PENUH YAKIN DAN SIAP SIAGA…..




YA TUHANKU SEJAHTERALAH WARGA KABARUS INI DENGAN PENUH KEJAYAAN…AMiiiiiiiiiNNNN!!






Selasa, 30 Disember 2014

MESYUARAT GURU & STAF KALI 1/2015 DAN LADAP

Mesyuarat Guru Dan Staf Kali 1/2015 telah diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh                  :       24 Disember 2014 (Rabu)
Masa                    :       8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat                :       Pusat Kegiatan Guru (PKG) Bukit Besar
Dirasmikan Oleh   :       Encik Yusma @ Abd. Mubin bin Yusof
                                   (Penolong Pengarah Unit ICT BTPN, Marang)

Agenda Mesyuarat :-

1)  Perbentangan Kabinet 2015
2)  Menyenaraikan senarai tugas semua guru dan staf bermula 1 Januari 2015
3)  Perbentangan LADAP 

 Gambar-gambar sepanjang mesyuarat dan LADAP:-

Peserta sedang mencatat kehadiran
Di antara peserta yang hadir mesyuarat


Ucapan oleh Tuan Guru Besar (En. Mohd Noor bin Omar) dan Penolong Pengarah Unit ICT BTPN, Marang (En. Yusma @ Abd. Mubin bin Yusof) 
     Di antara guru yang mendapat hadiah mengikut kategori:-

Kategori Kehadiran Penuh 2014
Kategori Buku Perancangan Tahunan 2015
"SELAMAT DATANG KE KABARUS"
Penyampaian sijil kepada guru Tahun 6 kerana mencapai target "Straight A" UPSR

Kategori Buku Rekod Mengajar 2014
Kategori Pembentang LADAP Terbaik 2014



Jemputan sedang menjamu selepas selesai majlis






Isnin, 29 Disember 2014

JAMUAN AKHIR TAHUN DAN MASAK 4 KAWAH BUBUR ASYURA SK KABARUS

Majlis Akhir Tahun dan memasak bubur Asyura sempena menyambut kedatangan Muharram telah berlangsung pada 19 November 2014 (Rabu) di SK. KABARUS.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk:-
1) Sarana ibu bapa menyediakan 4 kawah bubur asyura.
2) Mengaktifkan hubungan ibu bapa, PIBG dan sekolah, guru KAFA serta Yang Di Pertua PIBG
3) Membudayakan sikap tolong-menolong, silaturrahim dan kerjasama yang erat sepanjang masa.

Gambar-gambar sepanjang majlis:-
Pekerja sedang memeriksa bahan-bahan untuk membuat Asyura

Staf sedang membasuh ayam untuk dibuat Asyura
Mengoreng Sambal Ikan

Puan Rahida diberi kepercayaan untuk mengetuai Program Asyura
Semangat jitu ketika Guru Besar dan YDP PIBG mengacau Bubur Asyura sambil diperhatikan oleh Guru dan Staf
Ibubapa dan guru-guru turut sama membantu untuk menyiapkan Bubur Asyura

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2014 SK KABARUS

       Hari Anugerah Kecemerlangan ini telah diadakan pada 17 November 2014 Hari Isnin Jam 8.00 Pagi Bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong (DPMT, PJK). Anugerah Kecemerlangan ini diadakan untuk menghargai dan menilai di atas kebijaksanaan, kecergasan dan kecerdasan dan kebolehan pelajar dalam semua bidang, Akademik, Kokurikulum, Sahsiah Pelajar mengikut landasan yang sebenar.

Penilaian ini dihasilkan terhadap kerja buat dan penglibatan pelajar dalam pelbagai aspek selama setahun serta bakat mereka yang mewakili Sekolah, PPD, Jabatan dan hingga ke peringkat Kebangsaan.

      Tentatif Program adalah:
       8.00 am   :  Pendaftaran Ibubapa dan Murid
       8.30 am   :  Ketibaan Dif-dif Jemputan
                       : Ketibaan Dato' Tn Hj Zubir Bin Embong (Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu)
       9.00 am   :  Nyanyian Lagu Negaraku
                         Ucapan Pengerusi Majlis
                         Bacaan Doa
                         Ucapan Guru Besar
                         Ucapan PPD Kuala Terengganu
                         Ucapan Dato' Haji Mohd Zubir Bin Embong
                         Persembahan Prasekolah
                         Persembahan Nasyid Sekolah
                         Penyampai Sijil dan Cenderahati

Di antara kategori yang dinilai dan diberi penghargaan ialah:
a)  Tokoh Nilam (Hadiah e Kamus bernilai RM400.00 sebuah)
b)  Tokoh Murid
c)  Tokoh Kokurikulum
d)  Olahragawan dan Olahragawati Sekolah
e)  Kecemerlangan Akademik Tahun 1 hingga Tahun 6

 Ibubapa menyambut ketibaan YB Dato' Mohd Zubir Bin Embong
    

YB Dato' Mohd Zubir Bin Embong sedang merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan 2014
 Pelajar bernama Nur Najeebah bt Dahalan menerima hadiah e Kamus bernilai RM400.00

Semua penerima hadiah dan sijil bergaya dengan Jubah Graduasi

Majlis berakhir dengan Jamuan Nasi Arab sumbangan dari Restoran Al-Bakry




Ahad, 28 Disember 2014

KURSUS TRANSFORMASI KE ARAH BUDAYA KERJA CEMERLANG

Kursus ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 13 November 2014 hingga 15 November 2014 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Matsor bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Tujuan kursus ini adalah untuk mengutip "Skill" Budaya Kerja Cemerlang kepada semua guru dan staf serta memberi input-input terkini ke arah pembinaan Semangat Kerja Berpasukan dan Pembinaan Jati Diri Yang Berkesan.

Kursus ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Yayasan Bakti Negara di bawah kelolaan Encik Mohd Adam bin Mohd Ghazali, 

Antara penceramah yang terlibat (Ustaz Zainuddin bin Yusof 
dan YM. Tn. Hj Tengku Azelam bin Tengku Abdullah)

Peserta kursus sedang kusyuk mendengar ceramah

 Aktiviti sampingan sepanjang berkursus 
(Menyusuri Sungai Terengganu ke Pulau Wan Man dengan menaiki River Cruse)

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kepada peserta kursus oleh Tuan Haji Matsor bin Ismail, Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNT




Sabtu, 27 Disember 2014


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH 2014

Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah telah diadakan pada 4 November 2014 hingga 6 November 2014. Majlis Perasmian Penutup Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu,Yang Berbahagia Dato' Hajjah Nor Akmal bin Abdul Fatah (DPMT, PJC, BLB, PJK) pada 6 November 2014 (Khamis).

Program ini diadakan bagi tujuan melahirkan murid yang sentiasa berdamping dengan buku untuk meningkatkan pengetahuan serta menjayakan Program Bacaan NILAM dan melahirkan murid yang sentiasa menghargai masa dengan membaca.

Tentatif (6 November 2014):

Masa           :    11.00 pagi
Tempat       :    Dewan KABARUS
   - Murid berhimpun jam 10.45 pagi
                        - Kehadiran VIP (Pengarah PPAT diiringi Bunga Telur dan Irama 
                          Selamat Datang) 
                        - Bacaan doa
                        - Ucapan Guru Besar
                        - Ucapan perasmian Pengarah PPAT  
                        - Memotong Banting Perasmian 
                        - Loceng perasmian
                        - Penyampaian hadiah   
                        - Lawatan ke Pusat Sumber KABARUS
                        - Makan tengahari
                        - Bersurai
  

Menyambut ketibaan Yang Berbahagia Dato' Hajjah Nor Akmal bin Abdul Fatah 
(DPMT, PJC, BLB, PJK)

Upacara Perasmian Penutup Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Sekolah oleh
Yang Berbahagia Pengarah Perpustakaan Awam Negeri Terengganu