Ahad, 24 Mei 2015

PROGRAM LESTARI ALAM SEKITAR SK KABARUS PROGRAM PERLUPUSAN BAHAN HABIS GUNA

           

Tarikh   : 20 Mei 2015
Tempat : Bilik-bilik khas dan kawasan sekolah
Masa     : 8.30 pagi

Para pelajar bersama-sama bergotong-royong mengumpulkan bahan 
habis guna untuk tujuan perlupusan


                                                                                                   ByKABARUSBlogger

Khamis, 21 Mei 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015 PERINGKAT SK KABARUS

         Sambutan Hari Guru 2015 peringkat Negeri telah disambut dengan meriahnya di seluruh sekolah di Negeri Terengganu pada 18 Mei 2015 (Isnin). Begitu juga di SK KABARUS, di mana kemeriahannya dirasai dengan pelbagai program yang telah diatur dan disusun rapi oleh AJK sambutan. Bagi sambutan untuk tahun ini, kesemua guru/ staf telah ditetapkan tema berpakaian masing-masing di mana pada hari ini, para guru/staf bebas untuk memilih pakaian yang berunsurkan kerja/ jawatan selain guru/ staf.

Tentatif Program :
7.45 am : Perhimpunan pagi.
            : Acara bergambar.
            : Bacaan Doa.
            : Nyanyian lagu perhimpunan.
            : Ucapan ketua murid.    
            : Ucapan Guru Besar.
            : Ucapan YDP PIBG.
            : Bacaan Perutusan.
            : Ikrar Hari Guru.
            : Nyanyian lagu Guru Malaysia.
            : Acara sukaneka.
            : Acara di dewan SK KABARUS.
            : Pertukaran hadiah.
            : Bersurai.

         Ucapan sempena sambutan Hari Guru 2015.  

Ucapan dari Ketua Pelajar
Ucapan dari Guru Besar
Ucapan YDP PIBG SK KABARUS

               Setiap guru diminta untuk menjelaskan tema pakaian masing-masing.

GPK1 dengan tema pakaiannya Tok Arab
GPK HEM dengan temanya sebagai Nenek Kebayan
Cikgu Erdawati dengan pakaian temanya sebagai Polis Trafik
Tema pakaian sebagai Jurutera telah dipilih oleh Ustaz Aziz
Cikgu Norita memilih tema pakaiannya sebagai seorang Suri rumah


Upacara penyerahan kek Hari Guru oleh YDP PIBG kepada Guru Besar SK KABARUS

              Bacaan perutusan Hari Guru 2015 oleh Penolong Kanan SK KABARUS

Perutusan Hari Guru oleh Pengarah PPD Kuala Terengganu dibacakan oleh PK HEM
Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh PK KOKU
Perutusan Hari Guru oleh Pengarah Pendidikan Malaysia telah dibacakan oleh PK1

Pekerja dan guru yang bertugas di bahagian makanan

          Penyampaian hadiah-hadiah untuk kelas Kondusif

Kelas 3 Bestari - Cikgu Suriani
Kelas 3 Cemerlang - Cikgu Nooraini
Kelas 6 Cemerlang - Cikgu Azlida

Bacaan ikrar dan nyanyian bersama lagu Kami Guru Malaysia oleh para guru SK KABARUS

Anggun dan menawan...para guru bergambar kenangan dengan pakaian tema masing-masing

Acara sukaneka


           Sukaneka 'Tiru Macam Saya' sanggat menghiburkan di mana setiap kumpulan memilih seorang wakil dari setiap mereka untuk menari mengikut rentak muzik/ lagu yang dimainkan. Setiap ahli kumpulan hendaklah mengikut gaya tarian/ pegerakan dari wakil yang telah dipilih. Denda akan dikenakan kepada ahli kumpulan yang tidak mengikut sepenuhnya gaya yang dibuat oleh wakil yang telah dipilih berkenaan.

Ustazah Nor Madhiah - wakil dari kumpulan 1
Cikgu Maziah - wakil dari kumpulan 2
Cikgu Suriani - wakil dari kumpulan 3
Ustazah Nafizah - wakil dari kumpulan 4
Ustaz Ramadzan - wakil dari kumpulan 5
Cikgu Laila - wakil dari kumpulan 6

           Acara sukaneka mengisi air ke dalam baldi secara berkumpulan juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang basah kuyup terkena simbahan air.


Kerjasama dari setiap ahli kumpulan sangat diperlukan dalam permainan ini

         Selepas penat menyertai acara sukaneka, setiap guru dari setiap kumpulan dikehendaki mengadakan persembahan drama pendek yang disaksikan oleh ratusan pelajar SK KABARUS.

Persembahan pertama yang berunsurkan kekeluargaan
Persembahan kedua yang mengetengahkan unsur-unsur positif dan negatif sesuatu benda/ perkara
Persembahan ketiga berunsurkan dikir barat

Persembahan keempat merupakan sebuah sajak berkaitan guru
Persembahan teakhir yang mengadunkan nilai dan budaya setiap karekter seseorang

       Sebelum majlis bersurai, pertukaran hadiah di antara guru/ staf telah dibuat dan masing-masing mendapat hadiah berbeza tetapi dengan nilai yang lebih kurang sama. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK KABARUS.

Cikgu Azahar mendapat bekas besar untuk mengisi barangan
Cikgu Sabran berjaya mendapatkan sebuah pasu bunga
Pak Mukhtar mendapat barangan berupa bekas makanan
Pn. Sharidah telah mendapat hadiah berbungkus yang tidak diketahui kandungannya

         Tahniah..dua orang guru iaitu seorang lelaki dan seorang wanita telah dipilih bagi tokoh berpakaian mengikut tema iaitu :

Cikgu Laila telah berjaya menyandang hadiah bagi kategori tema berpakaian perempuan
Cikgu Noor Adzmee pula telah berjaya menyandang hadiah bagi kategori tema berpakaian lelaki

           Sebelum bersurai iaitu kira-kira jam 1.15 petang, para guru/ staf telah menikmati jamuan tengah hari yang telah disediakan oleh pengusaha kantin sekolah.

                                                                                     ByKABARUSBlogger

Selasa, 19 Mei 2015

GOTONG ROYONG PERDANA 2015 PERINGKAT SK KABARUS

         Gotong royong yang telah diadakan serentak di seluruh sekolah di Negeri Terengganu ini telah berlangsung pada 16 Mei 2015 (Sabtu) bermula pada jam 8.00 pagi yang melibatkan semua guru/ staf dan beberapa kumpulan pelajar yang telah dipilih. Di SK  KABARUS, tempat-tempat yang telah dikenal pasti untuk digotong royong adalah blok A, pejabat, belakang blok B, belakang blok C, kawasan pondok jaga, surau dan sekitanya, kantin, bilik dan sudut seni, sudut teater, sudut sejarah, bilik muzik, bilik jQaf, bilik kaunseling, bilik kemahian hidup, pra sekolah dan sekitanya. Di samping itu, mural di bilik PPKI turut dilakukan pada hari berkenaan.

Taklimat ringkas diberikan sebelum gotong royong dimulakan

Para guru bersiap sedia untuk memulakan gotong royong di kawasan masing-masing

Para guru dan pelajar bersemangat bergotong royong di kawasan yang telah ditetapkan masing-masing.



     




Jamuan ringan disediakan setelah penat bergotong royong

        Program gotong goyong yang melibatkan kos kira-kira RM150 ini berakhir kira-kira jam 11.00 pagi dengan sama-sama menikmati jamuan ringan di Dataran Pintar SK KABARUS sumbangan oleh pihak kantin sekolah.

                                                                              ByKABARUSBlogger