Khamis, 29 Oktober 2015

PROGRAM SLAAS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI KELANTAN DARUL NAIM

          Lawatan sambil belajar SK KABARUS ke Kelantan telah diadakan pada 27 Oktober 2015 (Selasa) di mana bas bertolak dari SK KABARUS kira-kira jam 8.00 pagi. Lawatan yang telah disertai oleh 40 orang peserta terdiri dari para pentadbir, guru, staf, pekerja swasta sekolah, ahli jawatan kuasa PIBG dan juga pengusaha kantin sekolah. Tempat lawatan yang telah disasarkan adalah PKG Rantau Panjang, SK Rantau Panjang, Pekan Rantau Panjang dan bandaraya Kota Bharu. Rombongan bas SK KABARUS sempat singgah sebentar di pejabat Yayasan Bakti Negara, Jertih untuk menandatangani beberapa kertas kerja baru dan beramah mesra dengan para pegawainya. Bas bertolak balik dari Kota Bharu pada jam 6.15 petang dan sampai di perkarangan SK KABARUS kira-kira pada jam 10.30 malam.

Guru Besar sedang berdiskusi dengan pengarah Yayasan Bakti Negara, En. Mohd. Adam bin Mohd Ghazali

En. Mohd. Adam menandatangani kertas kerja dari SK KABARUS

Cenderahati dari SK KABARUS kepada En. Mohd. Adam telah disampaikan oleh Guru Besar dan sesi bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Yayasan Bakti Negara

Ucapan aluan oleh Guru Besar SK Rantau Panjang dan SK KABARUS

Barisan pentadbir SK KABARUS dan PKG Rantau Panjang

Sesi penyerahan dua anak pokok oleh Guru Besar SK KABARUS kepada pihak PKG Rantau Panjang

bertukar cenderahati bagi kedua-dua belah pihak

Makan tengahari..Nasi Goreng Kerabu dengan Ayam Goreng Berempah disajikan untuk para peserta lawatan SK KABARUS yang ditaja khas oleh PKG Rantau Panjang

Bergambar sejenak di Bandaraya Kota Bharu sebelum berangkat pulang ke Kuala Terengganu

                                                                                                        ByKABARUSBlogger

Rabu, 14 Oktober 2015

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. LAILA BT. ABD. RAHMAN (PK HEM) SK KABARUS

        Tanggal 11 Oktober 2015 (Ahad), genaplah 35 tahun tempoh perkhidmatan Pn. Hjh. Laila bt. Abd. Rahman sebagai seorang guru/ pendidik. Majlis persaraan beliau sebagai PK Hal Ehwal Murid (PK HEM) di SK Kampung Baharu Serada K. Terengganu telah disambut dengan penuh kemeriahan. Majlis sambutan bermula dari jam 9.45 pagi dengan ketibaan insan yang diraikan dan dengan kehadiran perasmi jemputan iaitu En. Jaafar bin Ismail, Ketua Unit Pengurusan Perhubungan Kemanusiaan PPD Kuala Terengganu. 
       Ketibaan Pn. Hjh. Laila  telah disambut dengan bunga manggar serta paluan kompang dan silat. Majlis sambutan diteruskan di dewan terbuka SK KABARUS dengan tentatif program menarik yang telah disediakan.

Tentatif Program :

9.45 pagi     : Berkumpul di dewan terbuka SK KABARUS.
10.00 pagi   : Ketibaan tetamu jemputan.
                    Bacaan doa.
                    Ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar, Guru Besar, YDP PIBG, Perasmi 
                    jemputan.
                    Bacaan biodata Pn. Hjh. Laila b. Abd. Rahman.
                    Persembahan multimedia.
                    Penyampaian cenderahati kepada insan yang dirai - sesi pertama.
                    Nyanyian/ ucapan/ acara memotong kek hari jadi/ persaraan.
11.30 pagi   : Jamuan/ rehat.
12.00 tghr   : Sesi kedua.
                    Persembahan pelajar.
                    Gimik/ persembahan oleh guru SK KABARUS.
                    Penyampaian cenderamata oleh kelas dan individu.
                    Acara Bersalaman.
                    Penutup - acara mengiringi keberangkatan insan yang dirai.
                
Kehadiran Pn. Hjh. Laila bt. Abd. Rahman disambut dengan bunga manggar, 
tarian silat dan alunan kompang.
        
   
Pn. Hjh. Laila diraikan dengan diiringi oleh Guru Besar dan perasmi jemputan 
dari PPD

Para pelajar menyaksikan dengan penuh penghayatan majlis persaraan
Pn. Hjh. Laila

Di antara cenderahati/ hadiah perpisahan/ persaraan yang telah diterima
oleh Pn. Hjh. Laila

Pn. Hjh. Laila sebak sebaik biodata/ kisah hidup dirinya dibacakan oleh 
pengacara majlis

Upacara pemotongan kek perpisahan/ persaraan/ hari jadi Pn. Hjh. Laila

Persembahan silat oleh 'team' pelajar SK KABARUS turut dipertontonkan

Pelajar turut membuat persembahan khas untuk Pn. Hjh. Laila

Meruntum jiwa..persembahan khas lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' oleh 
para guru SK KABARUS

Di akhir persembahan..Pn. Hjh Laila sendiri turut membuat persembahan 
yang merupakan persembahan terakhirnya..

Para pelajar dan guru bersalaman dengan Pn. Hjh. Laila

Para pelajar beratur untuk mengiringi keberangkatan Pn. Hjh. Laila dari SK KABARUS

Para pelajar dan warga SK KABARUS mengiringi keberangkatan Pn. Hjh. Laila 
  yang dibawa khas dengan kenderaan yang dihias indah keluar dari SK KABARUS

  Majlis berakhir kira-kira jam 12.50 tengahari.                  

                                                                                                   ByKABARUSBlogger


Khamis, 1 Oktober 2015

PROGRAM SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR SK KABARUS : SEMAIAN ANAK POKOK OLEH PEGAWAI KESIHATAN PUSAT KESIHATAN SEBERANG TAKIR

 

Tarikh   : 28 September 2015
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan

Guru Besar menyerahkan 2 anak pokok untuk disemai oleh 2 pegawai kesihatan Seberang Takir

Pegawai kesihatan menerima anak pokok semaian dari Guru Besar untuk disemai di tempat semaian yang telah dikhaskan.

         
Upacara penyemaian anak pokok...Guru Besar turut mengiringi kedua-dua pegawai kesihatan menyemai anak pokok semaian.

Bergambar kenangan selepas upacara penyemaian anak pokok selesai.

         Setelah selesai upacara penyemaian anak pokok, pegawai kesihatan Seberang Takir meneruskan program bersama para pelajar tahap 1 dan tahap 2 SK KABARUS dengan slot pendidikan pergigian.
 
                                                                                 ByKABARUSBlogger