Semua pihak pengurusan, guru-guru dan PIBG berasa bangga dan bersyukur dengan kejayaan sekolah melakukan peningkatan di dalam semua subjek UPSR 2012. Kejayaan cemerlang ini adalah hasil kerjasama bersama dari guru-guru, PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Kejayaan tersebut merangkumi:
1. Jumlah pelajar mendapat semua gred A dalam 5 mata pelajaran (5 A) adalah seramai 11 orang (21.15%) iaitu peningkatan sebanyak 6.08%.
2. Jumlah pelajar yang memperoleh minima C adalah sebanyak 84.62% dengan peningkatan sebanyak 17.12%.
3. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah sebanyak 1.84 iaitu peningkatan sebanyak 0.21%.
4. Kesemua 5 mata pelajaran juga berlaku peningkatan di mana:-
(i) Bahasa Melaysia (Pemahaman) mencapai 100% meningkat sebanyak 3.4%.
(ii)Bahasa Melaysia (Penulisan) memperolehi 96.15% dengan peningkatan sebanyak 7.15%.
(iii)Bahasa Inggeris adalah sebanyak 84.62% peningkatan sebanyak 18.82%.
(iv)Matematik mencapai 100% iaitu peningkatan sebanyak 9.6%.
(v) Sains memperoleh 96.15% dengan peningkatan sebanyak 7.15%.
|
Guru besar menyerahkan keputusan penuh UPSR SK KABARUS kepada penyelaras peperiksaan sekolah dengan disaksikan oleh penyelaras UPSR dan guru-guru mata pelajaran UPSR |
|
Guru besar, pentadbir sekolah serta YDP PIBG menyerahkan keputusan UPSR secara terbuka kepada para pelajar |
|
Berdebar...sebelum keputusan UPSR diumumkan.. |
|
Pelajar menerima keputusan UPSR dengan penuh redha |
|
Ibu bapa turut hadir memberikan semangat kepada anak masing-masing |
|
Guru PK HEM menyampaikan taklimat kepada pelajar dan ibu bapa tentang kemasukan ke tingkatan 1 |
Alhamdulillah, semoga kecemerlangan ini akan terus bertapak di KABARUS. Terima Kasih kepada TEMAN SEJATI KABARUS amnya dan TEMAN SEJATI Tahun 6 2012 khasnya di atas usaha gigih dan pengorbanan sepanjang 2012.
BalasPadam