Pada 31 Julai 2013 (Rabu) bersamaan dengan 22 Ramadhan 1434 telah diadakan majlis khatam al-Quran dan majlis berbuka puasa 2013 SK KABARUS. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ustaz Yahaya bin Muda yang mewakili Encik Wan Said bin Wan salleh yang merupakan Ketua Sektor dari Jabatan Pendidikan Islam JPNT. Kedua-dua majlis ini telah disambut dengan kesederhanan namun ianya penuh dengan kemeriahan. Pada kira-kira jam 6.00 pm, majlis khatam al-Quran beramai-ramai yang melibatkan seramai 160 pelajar lelaki dan perempuan SK KABARUS tahap 1 dan 2 telah berlangsung di dewan terbuka SK KABARUS.
|
Para pelajar SK KABARUS yang terlibat dengan majlis khatam al-Quran |
|
Pentadbir sekolah dan PIBG mengetuai majlis khatam al-Quran |
Sejurus setelah selesainya majlis khatam al-Quran, turut diadakan bacaan tahlil kesyukuran seterusnya majlis berbuka puasa beramai-ramai diraikan setelah masuknya waktu solat fardhu Maghrib. Kenikmatan dan keberkatan berbuka puasa secara berjemaah ini dapat dirasai oleh semua warga SK KABARUS khasnya.
|
Kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai setelah seharian menunaikan ibadah puasa |
lambat di"update", tidak sepatutnya berlaku di zaman yang secanggih dan serba bermaklumat seperti sekarang... ataupun blog akan menjadi "basi".
BalasPadamTAHNIAH DAN SYUKUR KITA SEMUA KEHADRAT ILAHI KERANA TEAM TEMAN SEJATI KABARUS TELAH BERJAYA MENYEMPURNAKAN MAJLIS KHATAM DENGAN CEMERLANG.TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PARA IBUBAPA,IMAM,BILAL,WAKIL JABATAN,PIBG DAN PELAJAR YANG TELAH HADIR .AMIIIINNN
BalasPadam