Pada 06 Februari 2014 (Khamis), SK KABARUS telah menjalankan 2
majlis serentak dengan jayanya iaitu Mesyuarat Agung PIBG 2014 dan
Perasmian Galeri Tokoh SK KABARUS yang telah dirasmikan oleh pengarah
muzium negeri Terengganu iaitu tuan Haji Muhd. Yusof bin Abdullah.
Upacara majlis bermula kira-kira pada pukul 10.00 pagi setelah selesainya pendaftaran kehadiran ibu bapa/ penjaga. Kehadiran perasmi/ dif-dif jemputan telah dihidangkan dengan tarian silat oleh pelajar SK
KABARUS dan seterusnya para tetamu jemputan diarak ke dewan terbuka SK KABARUS dengan bunga manggar sambil bersalam-salaman dengan para guru SK KABARUS di sepanjang perjalanan ke dewan.
Setelah perasmi/ dif-dif jemputan mengambil tempat di pentas dewan
terbuka SK KABARUS, lagu Negaraku dan lagu 1 Malaysia dinyanyikan
beramai-ramai bersama para guru dan ibu bapa/ penjaga. Mesyuarat agung PIBG 2014
seterusnya dijalankan setelah selesainya bacaan doa dan ucapan perasmian
beserta persembahan pelajar dan upacara penyampaian anugerah
kecemerlangan UPSR 2013 yang berupa 2 buah basikal dan wang tunai
berjumlah RM100 di samping hadiah-hadiah iringan yang lain.
Bagi upacara perasmian galeri tokoh SK KABARUS pula, paluan gong dan pemotongan reben pada pintu gerbang dan pada banner tapak perasmian telah disempurnakan oleh perasmi jemputan tuan Haji Muhd. Yusof bin Abdullah. Seterusnya, perasmi jemputan dibawa untuk menyaksikan artikel/ biodata tokoh-tokoh terkenal tempatan dan luar negara/ dunia yang telah dihasilkan oleh semua staf dan guru SK KABARUS.
Perasmi jemputan turut dibawa ke gerai barang-barang lama/ antik/ bersejarah yang turut dibawa oleh para staf dan guru SK KABARUS yang merupakan barang peribadi masing-masing dan kebanyakannya berusia dalam lingkungan lebih 100 tahun seperti pedang, tongkat, jed China, pinggan mangkuk, kebaya nyonya, barangan ukiran dan banyak lagi yang kesemuanya berjumlah lebih dari 50 jenis barangan.
Kedua-dua majlis bersurai kira-kira pada pukul 12.30 tengahari setelah cabutan bertuah dan jamuan selesai.
Perasmi jemputan memalu gong dan memotong riben pada pintu gerbang dan pada banner tapak perasmian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan