Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa SK KABARUS 2014 telah berjaya dilangsungkan serentak pada 17 Julai 2014 (Khamis) bersamaan 19 Ramadhan 1435 H. Majlis ini telah dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK KABARUS. Warga SK KABARUS telah bertungkus lumus dari awal pagi dengan sama-sama bergotong royong dalam membuat persiapan dari segi peralatan, juadah berbuka, tempat dan sebagainya.
Majlis khatam bermula seawal jam 5.00 petang dengan perarakan para pelajar yang terlibat dari surau ke dewan terbuka SK KABARUS setelah selesai mengerjakan solat Asar secara berjemaah. Guru Besar SK KABARUS dan Ustaz Abdullah b. Ab. Rahman selaku Pen. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah memulakan ucapan pembukaan sebelum majlis khatam al-Quran beramai-ramai yang telah diketuai oleh Imam dan bilal yang dijemput khas dari masjid Kg. Baharu Serada dimulakan.
Menjelang masuknya waktu maghrib, persiapan/ juadah untuk berbuka puasa telah pun siap dibuat/ dihidang. Majlis berbuka puasa beramai-ramai yang turut dihadiri oleh ibu bapa/ penjaga dan masyarakat setempat telah berlangsung dengan penuh ukhwahnya yang secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim bukan sahaja di kalangan warga SK KABARUS tetapi juga di kalangan penduduk setempat.
Majlis berakhir kira-kira jam 8.15 malam setelah para hadirin selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Tentatif Majlis :
5.00 petang - Kehadiran hadirin dan dif-dif jemputan.
5.30 petang - Murid khatam al-Quran mengambil tempat di dewan.
6.00 petang - Majlis khatam bermula dan ucapan oleh Ustaz Abdullah b. Ab. Rahman
7.26 petang - Majlis berbuka puasa.
|
Ibu bapa/ penjaga turut menyaksikan majlis khatam al-Quran beramai-ramai SK KABARUS |
|
Persiapan sedang dibuat untuk majlis berbuka puasa |
|
Para pelajar/ hadirin dengan juadah berbuka masing-masing |
ByKABARUSBlogger
lambat update.......
BalasPadam