Lawatan Penanda Aras dan Ilmiah SK KABARUS ke SK Persint 9(2) dan BTN di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 April 2015 (Jumaat). Lawatan ini telah disertai oleh seramai 41 orang yang terdiri dari para pentadbir, guru, staf serta anak kakitangan para guru/ staf SK KABARUS.
Bas bertolak dari perkarangan SK KABARUS kira-kira jam 9.15 pm, 09 Julai 2015 (Khamis) dan tiba ke destinasi pertama iaitu Masjid Putrajaya kira-kira pada jam 5.30 am keesokan paginya untuk menunaikan Solat Subuh dan seterusnya bersiap-siap untuk ke SK Persint 9(2) kira-kira pada jam 8.15 pagi.
Dari SK Persint 9(2), lawatan terus ke BTN di Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 11.00 pagi dan berada di sana selama hampir 2 jam. Rombongan SK KABARUS sempat singgah sebentar di Nilai 3, Pasar Chow Kit dan Pasaraya SOGO sebelum berangkat pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 9.00 malam.
Dari SK Persint 9(2), lawatan terus ke BTN di Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 11.00 pagi dan berada di sana selama hampir 2 jam. Rombongan SK KABARUS sempat singgah sebentar di Nilai 3, Pasar Chow Kit dan Pasaraya SOGO sebelum berangkat pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 9.00 malam.
Peserta lawatan bergambar kenangan di depan Masjid Putrajaya dan sekitarnya selepas selesai menunaikan solat Fardhu Subuh |
Guru Penolong dan Guru Besar SK Persint 9(2) menyampaikan taklimat khas kepada para pelawat warga SK KABARUS |
Guru Besar SK KABARUS dan Guru Besar SK Persint 9(2) menyampaikan cenderahati masing-masing |
Di antara bilik-bilik utama yang dibawa untuk dilawati oleh warga SK KABARUS |
Di antara panorama bermaklumat di SK Persint 9(2) yang boleh dipraktikkan di SK KABARUS |
Warga SK KABARUS bergambar kenangan di Foyer SK Persint 9(2) sebelum berangkat pulang |
Jurucakap BTN menerangkan serba sedikit tentang BTN dan peranannya |
Guru Besar SK KABARUS dan Pegawai Jurucakap BTN saling bertukar cenderamata |
Sijil penghargaan diberikan kepada para peserta di akhir lawatan |
ByKABARUSBlogger
Tiada ulasan:
Catat Ulasan