Sambutan hari raya Aidilfitri 2015 peringkat SK KABARUS telah diadakan dengan meriahnya pada 25 Julai 2015 (Sabtu) bersamaan dengan 9 Syawal 1436 di kantin SK KABARUS. Pelbagai juadah dan hidangan yang enak telah disediakan oleh kiosk-kiosk yang telah mengambil bahagian iaitu kiosk VIP, kiosk Pengurusan, kiosk Tahun 6, kiosk PPKIBP, kiosk PIBG, kiosk Pendidikan Islam, kiosk Pekerja, kiosk Kantin, kiosk KAFA dan kiosk Prasekolah.
Kehadiran para tetamu jemputan/ VIP sejak pukul 10.30 pagi menyerikan lagi majlis sambutan hari raya SK KABARUS. Bagi pelajar, mereka dikehendaki berkumpul di dewan sekolah sejak awal pagi untuk mengikuti program-program yang telah disusun khas oleh AJK sambutan. Majlis bersurai kira-kira jam 1.30 pm.
Tentatif Program Pelajar di dewan sekolah :
8.00 am : Semua pelajar berkumpul di dewan.
Nyanyian lagu hari raya.
Berselawat beramai-ramai.
Bacaan Doa.
Aktiviti pelajar/ bergambar.
Rehat/ makan minum.
Persembahan lagu raya setiap kelas.
Bersurai.
Tentatif Program Sambutan di kantin sekolah :
8.00 am : Persediaan tempat dan makanan.
10.30 am : Kehadiran para tetamu jemputan/ VIP.
: Menjamu selera.
: Bergambar kenangan.
: Penyampaian cenderamata/ hadiah.
: Bersurai.
* VIP - Nasi Arab, Nasi Daging, Nasi Dagang, Satay.
* Pengurusan - Nasi, Trifle, Kuih.
* Tahun 6 - Mee Kari, Laksa & Spaggeti.
* PPKIBP - Nasi, Makaroni Sup & Kuih.
* PIBG - Lemang, Ketupat & Rendang.
* Pendidikan Islam - Nasi, Roti Jala & Air.
* Pekerja - Tapai, Kuih Tradisional & Air.
* Kantin - Nasi Arab & Air Cikung.
* KAFA - Nasi, Kuih & Buah-buahan.
* Prasekolah - Puding, Koktail & Kek.
Selamat datang..jemputan ke majlis sambutan hari raya 2015 SK KABARUS |
Persiapan tempat dan makanan sebelum majlis sambutan hari raya bermula |
Kiosk Kantin & Pendidikan Islam |
Kiosk Tahun 6 & PIBG |
Tetamu jemputan/ VIP yang datang menandatangani buku kehadiran tetamu |
Di antara tetamu jemputan/ VIP yang diraikan |
Pelbagai aneka kuih muih yang dibawa oleh para pelajar |
| ||||||
Kaunter jualan A&W turut dibuka |
Kehadiran Maskot A&W telah menggamatkan lagi suasana |
Para pelajar tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama Maskot A&W |
ByKABARUSBlogger
Tiada ulasan:
Catat Ulasan