Sabtu, 9 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK KABARUS 2013

Pada 05 Februari 2013 (Selasa) SK KABARUS telah mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan penuh kemeriahan. Berikut antara foto-foto terpilih pada majlis sambutan tersebut :

Para pelajar membawa sepanduk Maulidur Rasul yang bewarna warni
Segak bergaya...barisan guru-guru SK KABARUS
Guru besar mengetuai perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W
Menarik..pelajar berarak dengan temanya yang tersendiri
Perarakan keluar dari kawasan sekolah
Penceramah jemputan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul
Majlis berakahir dengan penyampaian hadiah oleh Perasmi jemputan dengan disaksikan oleh guru besar

HARI PENCARIAN ATLET SK KABARUS 2013

Hari Pencarian Atlet SK KABARUS 2013 telah diadakan pada 05 Februari 2013 (Selasa) yang melibatkan larian merentas desa bagi para pelajar tahap 2 dan beberapa permainan di dalam kawasan sekolah yang melibatkan para pelajar tahap 1. Berikut antara foto-foto aktiviti/ permainan yang telah diadakan di sepanjang hari Pencarian Atlet tersebut :

Senamrobik untuk memanaskan badan sebelum bermulanya larian
Guru besar SK KABARUS melepaskan larian

Siapa cepat dia dapat nombor...
Para pelajar Prasekolah SK KABARUS dengan aktiviti merebut kerusi
Membaling bongkah biji kacang ke dalam tong yang disediakan
Menggolek bola hoki
Membawa bola di dalam sudu

Menggolek bola menggunakan gelung

Cepat...permainan memerah air ke dalam botol menggunakan gabus

Mengepit bola yang menyeronokkan

Siapa yang dapat mengutip paling banyak gula-gula dialah pemenangnya

Hadiah disampaikan kepada para pelajar yang telah memenangi permainan

Rabu, 6 Februari 2013

PROGRAM KEM PUNCAK MINDA SK KABARUS

Program Kem Puncak Minda SK KABARUS merupakan kem motivasi UPSR yang telah diadakan pada hari Sabtu 19 Januari 2013 di A&W Batu Burok Kuala Terengganu. Ia melibatkan para pelajar tahun 6 SK KABARUS dan telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Muhammad Yusof b. Husin (Ketua Penyelaras Keutuhan IPG Kampus Dato' Razali Kuala Terengganu).

Doa selamat sebelum memulakan perjalanan dan program

Harapan sekolah UPSR 2013...para pelajar tahun 6 SK KABARUS

Guru besar menyampaikan ucapan

Antara aktiviti yang dijalankan..kerja berkumpulan

Pencerah jemputan..En. Ismail. bin Salleh (Guru Besar SK Simpang Rawai, Marang Terengganu)

Bergambar kenangan bersama 'trade mark' A&W

 Tn. Hj. Muhammad Yusof b. Husin (Ketua Penyelaras Keutuhan IPG Kampus Dato' Razali Kuala Terengganu) yang merupakan penceramah jemputan dan juga perasmi program Kem Puncak Minda

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta

Para peserta bergambar kenangan bersama barisan pengelola Kem Puncak Minda

Sabtu, 2 Februari 2013

MESYUARAT PENGURUSAN GURU & STAF KALI 1/2013 SK KABARUS

Mesyuarat Pengurusan Guru & Staf kali 1/2013 SK KABARUS telah diadakan pada 24 Disember 2012 (Isnin) di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohamad bin Embong dari PPDKT.

Guru Besar menyampaikan ucapan utama
Tetamu jemputan merangkap perasmi Mesy. pengurusan Guru & Staf kali 1/2013 SK KABARUS Tn. Hj. Mohamad bin Embong
Upacara penyampaian hadiah dan penghargaan kepada Guru & Staf yang berkenaan
Cenderamata SK KABARUS kepada tetamu jemputan
Semua Guru & Staf SK KABARUS bersemangat dan bersatu hati menyanyikan lagu TEMAN SEJATI
TERIMA KASIH...kepada semua warga SK KABARUS kerana mengikuti Mesyuarat Pengurusa Guru & Staf Kali 1/2013 SK KABARUS dari awal hingga ke akhir dengan jayanya