Isnin, 30 Jun 2014

MAJLIS PENCERAHAN SARANA IBU BAPA SERTA TEMU MURNI OTI 2 2014 SK KABARUS

SK KABARUS telah selesai menjalankan satu lagi program keibubapaan iaitu Majlis Pencerahan Sarana Ibu Bapa serta Temu Murni OTI 2 yang berlangsung pada 18 Jun 2014 (Rabu). Berikut merupakan tentatif bagi perjalanan program tersebut :

8.00 am  - Pendaftaran ibu bapa/ penjaga.
8.15 am  - Bacaan doa oleh Ustaz Aziz dan ucapan pembukaan oleh guru besar SK KABARUS.
9.00 am  - Ceramah motivasi keibubapaan oleh Tn. Hj. Jusoh bin Ismail, Pegawai MAIDAM (Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah Kuala Terengganu).
10.00 am - Rehat

10.30 am - Program temu murni/ ibu bapa/ penjaga menandatangani buku laporan anak bersama guru kelas masing-masing.

12.00 pm - Majlis selesai
Berikut di antara foto-foto yang diambil di sepanjang majlis berkenaan :
Sesi pendaftaran ibu bapa/ penjaga di foyer
Kehadiran ibu bapa/ penjaga yang sangat membanggakan
Ucapan aluan guru besar SK KABARUS
Ibu bapa/ penjaga turut disediakan jamuan ringan
Foto-foto semasa sesi temu murni di antara ibu bapa/ penjaga dengan guru di dalam kelas masing-masing/ penandaan buku laporan anak :
        
Bagi ibu bapa/ penjaga tahun 6, taklimat khas telah didadakan oleh penyelaras tahun 6 iaitu cikgu Ramdzan selama kira-kira 40 minit sebelum ibu bapa/ penjaga berkenaan menandatangani buku laporan anak mereka masing-masing.
Taklimat khas disampaikan oleh cikgu Ramdzan
Temu murni di antara ibu bapa/ penjaga tahun 6 bersama guru masing-masing
ByKABARUSBlogger                                                              

Ahad, 22 Jun 2014

MESYUARAT GURU/ STAF KE 7 DAN LADAP KE 4/ 2014

       Pada 10 Jun 2014 (Selasa), telah diadakan Mesyuarat Guru/ Staf kali ke 7 dan LADAP kali ke 4/ 2014 yang bertempat di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bermula dari 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. 
       Setelah sesi pendaftaran guru dan staf, lagu tema SK KABARUS iaitu lagu Teman Sejati telah dinyanyikan secara beramai-ramai oleh kesemua guru/ staf SK KABARUS. Ia kemudiannya diikuti oleh bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Aziz bagi memberkati majlis sebelum ucapan aluan yang disampaikan oleh guru besar SK KABARUS.
       Pada kira-kira jam 8.30 pagi, slot pertama telah dimulakan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Mazlan bin Mahmud dan Tn. Hj. Kamarudzaman bin Daud yang mengetengahkan tajuk berkaitan SKPM dan sistem pengurusan fail kira-kira selama 2 jam. 
       Slot kedua bersama Bank Rakyat seterusnya disambung kira-kira selama hampir 15 minit sebelum sesi bergambar beramai-ramai para guru/ staf dan penceramah jemputan diadakan. Majlis kemudiaannya berhenti berehat seketika dengan jamuan Nasi Ayam yang turut ditaja oleh Bank Rakyat pada kira-kira jam 11.30 pagi.
       LADAP pertama kemudiannya diteruskan dengan pembentangan oleh Cikgu Suriani Ismail yang membawakan tajuk menarik iaitu 'Teamwork'. Ini diikuti oleh pembentangan dari panitia masing-masing yang disampaikan oleh wakil setiap panitia yang mengambil masa selama hampir 3 jam sebelum LADAP kedua disampaikan oleh guru besar SK KABARUS yang membawakan beberapa perkara/ isu berkaitan.
       Akhirnya, 3 orang pembentang panitia terbaik dipilih untuk diberikan hadiah sebelum majlis bersurai kira-kira pada jam 3.45 petang.
Para guru/ staf SK KABARUS

Guru besar SK KABARUS dan penceramah jemputan menyampaikan ucapan/ ceramah masing-masing
Barisan para penceramah jemputan bersama guru besar SK KABARUS
Beg yang mengandungi cenderahati turut diberikan oleh Bank Rakyat kepada guru/ staf SK KABARUS
    
Cenderahati turut diberikan kepada para penceramah jemputan oleh guru besar SK KABARUS

Sesi bergambar...guru/ staf SK KABARUS dan para penceramah jemputan
Menjamu selera dengan Nasi Ayam
LADAP 1 bersama cikgu Suriani dengan tajuknya 'Teamwork'
Di antara pembentangan oleh wakil dari panitia masing-masing :
   
Cikgu Azahar - Panitia Bahasa Melayu & Cikgu Zalina - Panitia Pendidikan Seni Visual
   
Ustazah Rahida - Panitia Kemahiran Hidup & Ustaz Aziz - Panitia Pendidikan Islam
   
Cikgu Ramdzan - Panitia Bahasa Inggeris & Cikgu Murziana - Panitia Muzik
 
Cikgu Lau - Panitia Matematik & Cikgu Zaiton - Kelas Pemulihan
LADAP ke 2 disampaikan oleh guru besar SK KABARUS
Hadiah turut disediakan kepada 3 pembentang panitia terbaik iaitu cikgu Zaiton,
cikgu Lau dan cikgu Zalina
byKABARUSBlogger