Ahad, 25 Januari 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN KHAS 2015 SK KABARUS

       Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Nor Zailan bin Mohamed selaku Pengarah BTN (Terengganu) pada 25 Januari 2015 (Ahad) di dewan terbuka SK KABARUS.

Aturcra Majlis :

10.00 am      - Pendaftaran ibu bapa.
10.30 am      - Para peserta mengambil tempat di dewan.
11.00 am      - Ketibaan perasmi jemputan.
                   - Melepaskan ikan di kolam.
                   - Kata aluan pengacara majlis.
                   - Nyanyian lagu 'Negaraku' dan '1 Malaysia'.
                   - Persembahan Nasyid/ Selawat.
                   - Bacaan Doa.
                   - Ucapan Guru Besar SK KABARUS.
                   - Ucapan perasmian Perasmi jemputan.
                   - Penyampaian bantuan awal persekolahan 2015.
                   - Cenderahati.
                   - Majlis bersurai. 

Kaunter-kaunter pendaftaran ibu bapa/ penjaga pelajar
 
Para pelajar diberikan taklimat awal sebelum majlis bermula
Ketibaan tetamu jemputan disambut meriah
Pelepasan ikan di kolam SK KABARUS oleh Perasmi jemputan, Guru Besar dan YDP PIBG sebelum majlis bermula

Para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan 1 Malaysia di awal majlis
Persembahan Nasyid oleh kumpulan nasyid SK KABARUS

Ucapan utama oleh Guru Besar dan perasmian majlis oleh Encik Nor Zailam Mohamed
Perasmi jemputan diiringi Guru Besar SK KABARUS menyampaikan bantuan awal persekolahan khas 2015 kepada lebih 300 orang pelajar SK KABARUS dengan diiringi ibu bapa/ penjaga masing-masing

Guru Besar SK KABARUS menyampaikan cenderahati kepada perasmi jemputan di akhir majlis
       Diharapkan agar pemberian bantuan awal persekolahan sebanyak RM 100 ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka pada sesi baru persekolahan 2015 ini.

                                                                                      ByKABARUSBlogger

Selasa, 20 Januari 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 SK KABARUS

Tentatif Program :
7.30 am   - Murid berkumpul di dewan SK KABARUS.
7.45 am   - Taklimat program dan selawat beramai-ramai para guru dan pelajar.
8.15 am   - Ucapan perasmian oleh Guru Besar SK KABARUS.
8.30 am   - Pertandingan Selawat pelajar tahap 1.
9.30 am   - Rehat.
10.00 am - Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Wan Ubaidillah bin Wan Nawi dari
                 SM Imtiaz Kuala Terengganu.
11.45 am - Pertandingan Selawat tahap 2.
12.45 am - Murid beratur mengambil makanan.

1.00 pm   - Bersurai.

       Sambutan Maulidur Rasul 2015 peringkat SK KABARUS telah berlangsung pada 20 Januari 2014 (Selasa) dengan meriahnya walaupun ia dilakukan dengan penuh kesederhanaan. Majlis sambutan ini telah berjaya mendedahkan para pelajar dengan perjuangan sirah Rasulullah S.A.W serta keperibadian baginda melalui ceramah dan pertandingan berselawat yang telah disusun oleh pihak sekolah.

Para guru dan pentadbir bergambar beramai-ramai diiringi dengan doa kesyukuran

Guru besar dan YDP PIBG dengan ucapan sempena Maulidur Rasul masing-masing

Para pentadbir dan guru berselawat bersama-sama dengan para pelajar

Penceramah jemputan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul sambil berinteraksi dengan para pelajar

Pertandingan berselawat pelajar tahap 1 dan 2
 
Para hakim professional bagi pertandingan berselawat

Pelbagai juadah yang dibawa oleh para pelajar
 
Para pelajar menikmati makanan yang disediakan beserta kuih muih setelah majlis selesai
                                                                                                     
                                                                                      ByKABARUSBlogger
       

Rabu, 7 Januari 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG PASCA BANJIR DAN MAJLIS PERASMIAN TOV BENGKEL PPPM 2013 - 2025

       Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga Teman Sejati SK KABARUS yang telah menjayakan program gotong royong Pasca Banjir SK KABARUS pada 6 Januari 2015 (Selasa) baru-baru ini. Program ini telah berjaya membersih dan menceriakan lagi bukan sahaja kawasan sekolah malah bilik-bilik utama di setiap blok sekolah sesuai dengan moto program iaitu SEKOLAH CERIA IDAMAN KALBU.

Tentatif Program :-
8.30 - 11.30 am :
       - Taklimat oleh Guru Besar di Foyer.
       - Perasmian TOV Bengkel PPPM 2013-2025.
       - Upacara pemotongan banner banting.
       - Aktiviti gotong royong.     
       - Rehat/ jamuan ringan.

        Di samping itu, guru kelas juga turut diberikan barangan keperluan kelas masing-masing yang boleh diperolehi di pejabat sekolah untuk menyiapkan tanda nama kelas dan nama sudut belakang bagi subjek-subjek teras selain untuk digunakan bagi menceriakan lagi kelas masing-masing.

Berikut di antara foto-foto yang diambil di sepanjang program tersebut :

Perasmian TOV Bengkel PPPM 2013-2025 oleh Guru Besar
Taklimat diberikan oleh Guru besar sebelum gotong royong dimulakan

Membersihkan kolam ikan sekolah
Mengecat pagar surau sekolah
Memasang langsir
Cikgu Noraini dengan barangan keperluan kelas yang diberikan bersemangat untuk menceriakan kelasnya
Jamuan ringan selepas bergotong royong