Isnin, 29 Jun 2015

MAJLIS CAKNA PRIHATIN SUMBANGAN HARI RAYA 2015 SK KABARUS

Tarikh         : 29 Jun 2015
Hari            : Isnin
Tempat       : Dewan Terbuka SK KABARUS
Masa           : 8.00 pagi
Perasmi       : Guru Besar SK KABARUS
Penerima     : 32 orang pelajar (Pra Sekolah, PPKI, dan Kelas Aliran Perdana)

OBJEKTIF PROGRAM :
Dapat meringankan beban anak-anak yatim dan miskin dalam menyambut hari raya Aidilfitri di samping memberi peluang kepada orang ramai untuk bersedekah dan beramal di bulan mulia ini dan diharapkan semoga sambutan hari raya yang bakal tiba dinikmati dengan penuh meriah dan bermakna.


TENTATIF PROGRAM :

8.00 - 8.30 am   : Pendaftaran ibu bapa/penjaga.
8.30 am            : Ucapan aluan pengacara majlis.
                       : Ucapan dan perasmian oleh Guru Besar SK KABARUS.
                       : Penyampaian sumbangan kepada penerima.
                       : Bacaan Doa.
                       : Sesi bergambar.
                       : Majlis bersurai.

Pendaftaran ibu bapa/ penjaga di foyer

Ucapan Guru Besar SK KABARUS sekaligus merasmikan majlis

Bacaan ikrar para pelajar dan guru

Ibu bapa/ penjaga yang diraikan

Di antara penerima sumbangan hari raya

Guru Besar, para guru dan penerima sumbangan bergambar kenangan setelah selesainya majlis

                                                                           ByKABARUSBlogger

Sabtu, 27 Jun 2015

KEM PUNCAK MINDA SK KABARUS 2015

     Program Kem Puncak Minda SK KABARUS 2015 merupakan satu program untuk para pelajar tahun 6 SK KABARUS 2015 dengan kerjasama dari Yayasan Bakti Negara bagi mencetuskan kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar di samping memberikan pendedahan serta teknik yang betul dalam menjawab soalan-soalan sebenar setiap mata pelajaran UPSR 2015.
       
    Program yang telah diadakan pada 28 - 30 Mei 2015 di Hotel Sumai Kuala Terengganu ini telah memuatkan jadual yang sarat dan padat dengan hidangan slot-slot klinik dan bengkel bagi setiap mata pelajaran UPSR oleh penceramah jemputan khas yang berpengalaman di samping turut  tidak mengabaikan aktiviti riadah para pelajar. Di akhir program, ceramah motivasi turut diselitkan bagi membakar semangat para pelajar untuk menjalani kehidupan berkualiti sebagai seorang pelajar sehingga menjelangnya hari peperiksaan UPSR 2015.

*Klinik dan bengkel Matematik - Pn. Dahlia binti Embong (SISC +) dari PPD Kuala 
 Terengganu.
*Klinik dan bengkel Bahasa Inggeris - Pn. Yusnita binti Md. Yunus (SISC +) dari PPD
 Kuala Terengganu.   
*Klinik dan bengkel Bahasa Melayu -En. Zulkifli bin Yahya.
*Klinik dan bengkel Matematik - Pn. Azlida binti Abd Rahman.
*Klinik dan bengkel Sains - Tn. Hj. Mohamad bin Awang.
*Ceramah Motivasi - Tn. Hj. Abdullah bin Mamat (SIP + PPD Kuala Terengganu).

     Majlis penutup dan penyampaian sijil kepada para pelajar yang terlibat telah disempurnakan oleh YM Tg. Azelan dari PPD Kuala Terengganu. 


Para pelajar terlibat memberikan komitmen yang mengagumkan
 
Klinik dan bengkel mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris

Klinik dan bengkel mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains

Slot Motivasi Diri yang telah disampaikan oleh Tn. Haji Abdullah bin Mamat memberikan suntikan semangat baru kepada para pelajar

Aktiviti riadah iaitu berenang yang begitu mengujakan para pelajar

Kebajikan dan makan minum para pelajar turut dititik beratkan

         
Para pentadbir dan guru bertugas sentiasa memantau kelancaran perjalanan program

          Diharapkan agar program yang bermanafaat ini akan dapat merealisasikan hasrat dan matlamat sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar UPSR 2015 seterusnya menjadikan SK KABARUS terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang untuk keberlangsungan ilmu sehingga ke generasi yang seterusnya. AMIN...

                                                                                        ByKABARUSBlogger