Sabtu, 24 November 2012

TAHNIAH! SK KABARUS CEMERLANG UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012

Semua pihak pengurusan, guru-guru dan PIBG berasa bangga dan bersyukur dengan kejayaan sekolah melakukan peningkatan di dalam semua subjek UPSR 2012. Kejayaan cemerlang ini adalah hasil kerjasama bersama dari guru-guru, PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Kejayaan tersebut merangkumi:

1. Jumlah pelajar mendapat semua gred A dalam 5 mata pelajaran (5 A) adalah seramai 11 orang (21.15%) iaitu peningkatan sebanyak 6.08%.

2. Jumlah pelajar yang memperoleh minima C adalah sebanyak 84.62% dengan peningkatan sebanyak 17.12%.

3. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah sebanyak 1.84 iaitu peningkatan sebanyak 0.21%.

4.  Kesemua 5 mata pelajaran juga berlaku peningkatan di mana:-
(i) Bahasa Melaysia (Pemahaman) mencapai 100% meningkat sebanyak 3.4%.
(ii)Bahasa Melaysia (Penulisan) memperolehi 96.15% dengan peningkatan       sebanyak 7.15%.
(iii)Bahasa Inggeris adalah sebanyak 84.62% peningkatan sebanyak 18.82%.
(iv)Matematik mencapai 100% iaitu peningkatan sebanyak 9.6%.
(v) Sains memperoleh 96.15% dengan peningkatan sebanyak 7.15%.


Guru besar menyerahkan keputusan penuh UPSR SK KABARUS kepada penyelaras peperiksaan sekolah dengan disaksikan oleh penyelaras UPSR dan guru-guru mata pelajaran UPSR
Guru besar, pentadbir sekolah serta YDP PIBG menyerahkan keputusan UPSR secara terbuka kepada para pelajar
Berdebar...sebelum keputusan UPSR diumumkan..
Pelajar menerima keputusan UPSR dengan penuh redha
Ibu bapa turut hadir memberikan semangat kepada anak masing-masing
Guru PK HEM menyampaikan taklimat kepada pelajar dan ibu bapa tentang kemasukan ke tingkatan 1
   

Jumaat, 16 November 2012

PROGRAM/ MAJLIS YANG TELAH DIADAKAN DI SEPANJANG MINGGU AKHIR SEBELUM BERMULANYA CUTI PENGGAL AKHIR TAHUN 2012 PERSEKOLAHAN



(1) MAJLIS SAMBUTAN HARI KUALITI TEMAN SEJATI SK KABARUS

warga guru-guru SK KABARUS


barisan pentadbir SK KABARUS bersama tetamu jemputan


guru besar SK KABARUS menyampaikan ucapan


Tn. Hj. Shuahami b. Endut menyampaikan ucapan


barisan guru/ pentadbir bersama para pelajar menyanyikan lagu Teman Sejati


penuh penghayatan...barisan guru/ pentadbir/ tetamu jemputan menyanyikan lagu Teman Sejati


barisan pentadbir memotong kek Teman Sejati SK KABARUS


1,2,3...tetamu jemputan dan guru besar SK KABARUS memotong kek Teman Sejati


   kusyuk..pelajar mendengar ucapan dari guru besar       SK KABARUS


barisan guru-guru turut menghayati lagu Teman Sejati

Selasa, 17 Julai 2012

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 2012 SK KABARUS

Guru besar merasmikan Senamrobik 1Murid 1 sukan
Para pelajar yang mengetuai senamrobik
Para pelajar beramai-ramai menyertai senamrobik
Meriah..selain para pelajar, guru & staf SK KABARUS juga tidak ketinggalan untuk turut serta bersenamrobik
Guru besar, PK Kurikulum & PK Kokurikulum tidak melepaskan peluang untuk mengikuti senamrobik
Para guru & staf SK KABARUS bergambar kenangan selepas selesai bersenamrobik

Menarik..poster senamrobik 2012 SK KABARUS

Jumaat, 6 Julai 2012

LADAP SK KABARUS BERSAMA APMT DI KL INTERNATIONAL HOTEL KUALA LUMPUR

Guru & staf SK KABARUS bergambar kenangan selepas mengikuti LADAP di KL International Hotel LADAP bersama APMT pada 14-16 Jun 2012

Mesyuarat Profesional Guru Besar Terengganu Kali-3


BERGAMBAR KENANGAN : Mesyuarat AJK MGB Negeri dI SK Kampung Baharu Serada 20050 Kuala Terengganu pada 17 Mei 2012 jam 9.00 pagi yang dirasmikan oleh ketua unit JPNT En. Jailani bin Sulong dan Penyelia Kanan JPNT En. Mat Lazim bin Noor.
KUALA TERENGGANU – Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah bersama Guru Besar Terengganu mengadakan Mesyuarat Profesional Guru Besar Terengganu kali ke 3 pada pagi tadi. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di SK Kampung Baharu Serada, Kuala Terengganu. Unit Sekolah Rendah diwakili oleh En. Jelani bin Sulong, Ketua Unit Rendah dan En. Mat Lazim @ Mahasan bin Noor, Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah.

Sementara perwakilan Guru Besar Terengganu diketuai oleh En.Mohd Radzali bin Abdullah, Pengurusi Majlis Guru  Besar Negeri dan semua jawatankuasa negeri. Antara perkara yang dibincangkan:
  •   Memperkasakan Profesionalisma Guru Besar
  •    Pengisian Perjawatan Guru Besar
  •    Aktiviti dan Kegiatan Memperkasakan Peranan Guru Besar
Ketua Unit Sekolah Rendah mencadangkan kepada Majlis Guru supaya dapat mengadakan program atau wacana yang boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran di kalangan Guru Besar sendiri. Menurut beliau ramai Guru Besar kita yang berkebolehan dalam pelbagai bidang yang sangat wajar dicurahkan kepada rakan-rakan Guru Besar yang selain memperolehi input dari pelbagai sumber lain seperti Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Melalui mesyuarat professional seumpama ini banyak isu dapat diselesaikan secara kolektif dan bijaksana. Kita sangat yakin kemantapan hubungan Guru Besar dengan jabatan akan memberi impak besar kepada pencapaian prestasi keseluruhan persekolahan. Insyaallah.

Sabtu, 30 Jun 2012