Sambutan Hari Guru 2015 peringkat Negeri telah disambut dengan meriahnya di seluruh sekolah di Negeri Terengganu pada 18 Mei 2015 (Isnin). Begitu juga di SK KABARUS, di mana kemeriahannya dirasai dengan pelbagai program yang telah diatur dan disusun rapi oleh AJK sambutan. Bagi sambutan untuk tahun ini, kesemua guru/ staf telah ditetapkan tema berpakaian masing-masing di mana pada hari ini, para guru/staf bebas untuk memilih pakaian yang berunsurkan kerja/ jawatan selain guru/ staf.
Tentatif Program :
7.45 am : Perhimpunan pagi.
: Acara bergambar.
: Bacaan Doa.
: Nyanyian lagu perhimpunan.
: Ucapan ketua murid.
: Ucapan Guru Besar.
: Ucapan YDP PIBG.
: Bacaan Perutusan.
: Ikrar Hari Guru.
: Nyanyian lagu Guru Malaysia.
: Acara sukaneka.
: Acara di dewan SK KABARUS.
: Pertukaran hadiah.
: Bersurai.
Ucapan sempena sambutan Hari Guru 2015.
Ucapan dari Ketua Pelajar |
Ucapan dari Guru Besar |
Ucapan YDP PIBG SK KABARUS |
Setiap guru diminta untuk menjelaskan tema pakaian masing-masing.
GPK1 dengan tema pakaiannya Tok Arab |
GPK HEM dengan temanya sebagai Nenek Kebayan |
Cikgu Erdawati dengan pakaian temanya sebagai Polis Trafik |
Tema pakaian sebagai Jurutera telah dipilih oleh Ustaz Aziz |
Cikgu Norita memilih tema pakaiannya sebagai seorang Suri rumah |
Upacara penyerahan kek Hari Guru oleh YDP PIBG kepada Guru Besar SK KABARUS |
Bacaan perutusan Hari Guru 2015 oleh Penolong Kanan SK KABARUS
Perutusan Hari Guru oleh Pengarah PPD Kuala Terengganu dibacakan oleh PK HEM |
Perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia telah dibacakan oleh PK KOKU |
Perutusan Hari Guru oleh Pengarah Pendidikan Malaysia telah dibacakan oleh PK1 |
Pekerja dan guru yang bertugas di bahagian makanan |
Penyampaian hadiah-hadiah untuk kelas Kondusif
Kelas 3 Bestari - Cikgu Suriani |
|
Kelas 6 Cemerlang - Cikgu Azlida |
Bacaan ikrar dan nyanyian bersama lagu Kami Guru Malaysia oleh para guru SK KABARUS |
Anggun dan menawan...para guru bergambar kenangan dengan pakaian tema masing-masing |
Sukaneka 'Tiru Macam Saya' sanggat menghiburkan di mana setiap kumpulan memilih seorang wakil dari setiap mereka untuk menari mengikut rentak muzik/ lagu yang dimainkan. Setiap ahli kumpulan hendaklah mengikut gaya tarian/ pegerakan dari wakil yang telah dipilih. Denda akan dikenakan kepada ahli kumpulan yang tidak mengikut sepenuhnya gaya yang dibuat oleh wakil yang telah dipilih berkenaan.
Ustazah Nor Madhiah - wakil dari kumpulan 1 |
Cikgu Maziah - wakil dari kumpulan 2 |
Cikgu Suriani - wakil dari kumpulan 3 |
Ustazah Nafizah - wakil dari kumpulan 4 |
Ustaz Ramadzan - wakil dari kumpulan 5 |
Cikgu Laila - wakil dari kumpulan 6 |
Acara sukaneka mengisi air ke dalam baldi secara berkumpulan juga tidak kurang hebatnya sehingga ada yang basah kuyup terkena simbahan air.
Kerjasama dari setiap ahli kumpulan sangat diperlukan dalam permainan ini |
Selepas penat menyertai acara sukaneka, setiap guru dari setiap kumpulan dikehendaki mengadakan persembahan drama pendek yang disaksikan oleh ratusan pelajar SK KABARUS.
Persembahan pertama yang berunsurkan kekeluargaan |
Persembahan kedua yang mengetengahkan unsur-unsur positif dan negatif sesuatu benda/ perkara |
Persembahan ketiga berunsurkan dikir barat |
Persembahan keempat merupakan sebuah sajak berkaitan guru |
Persembahan teakhir yang mengadunkan nilai dan budaya setiap karekter seseorang |
Sebelum majlis bersurai, pertukaran hadiah di antara guru/ staf telah dibuat dan masing-masing mendapat hadiah berbeza tetapi dengan nilai yang lebih kurang sama. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Guru Besar SK KABARUS.
Cikgu Azahar mendapat bekas besar untuk mengisi barangan |
Cikgu Sabran berjaya mendapatkan sebuah pasu bunga |
Pak Mukhtar mendapat barangan berupa bekas makanan |
Pn. Sharidah telah mendapat hadiah berbungkus yang tidak diketahui kandungannya |
Tahniah..dua orang guru iaitu seorang lelaki dan seorang wanita telah dipilih bagi tokoh berpakaian mengikut tema iaitu :
Cikgu Laila telah berjaya menyandang hadiah bagi kategori tema berpakaian perempuan |
Cikgu Noor Adzmee pula telah berjaya menyandang hadiah bagi kategori tema berpakaian lelaki |
Sebelum bersurai iaitu kira-kira jam 1.15 petang, para guru/ staf telah menikmati jamuan tengah hari yang telah disediakan oleh pengusaha kantin sekolah.
ByKABARUSBlogger
Tiada ulasan:
Catat Ulasan