Sabtu, 19 Julai 2014

PROGRAM CAKNA PRIHATIN SK KABARUS 2014

         Pada 13 Julai 2014 (Ahad) bersamaan dengan 15 Ramadhan 1435 H, telah berlangsung satu lagi program yang melibatkan ibu bapa/ penjaga dan para pelajar SK KABARUS iaitu Program Cakna Prihatin SK KABARUS 2014. Program ini adalah satu program yang meraikan anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin  para pelajar SK KABARUS yang melibatkan para pelajar dari Prasekolah sehingga ke pelajar tahun 6. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih untuk menerima bantuan khas hari raya hasil sumbangan dari guru/ staf SK KABARUS, PIBG dan individu/ badan korporat berkenaan. Sumbangan diberikan dalam bentuk makanan asas seperti beras, gula dan barangan dapur lain di samping sumbangan sejumlah duit raya.
Perjalanan program :
8.00 - 8.30 am : Pendaftaran ibu bapa/ penjaga di foyer
8.30 am          : Ucapan aluan oleh guru besar SK KABARUS
                     : Penyampaian sumbangan kepada penerima bantuan
                     : Majlis bersurai
Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, SK KABARUS mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin memberikan sumbangan dan menjayakan progaram murni ini. Hanya Allah Taala jua yang dapat membalasnya..AMIN..
    
Ibu bapa/ penjaga yang diraikan
   
Ucapan oleh pengerusi majlis dan guru besar SK KABARUS
   
Guru besar SK KABARUS membentangkan 'banner' program Cakna Prihatian sekaligus merasmikan program tersebut
Para guru dan guru besar SK KABARUS di samping barangan sumbangan yang telah disediakan

       
Para pelajar diiringi oleh penjaga masing-masing menerima sumbangan yang disampaikan oleh guru besar SK KABARUS
           
      
Pn. Laila (GPK HEM) SK KABARUS turut diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan
     
Barangan sumbangan diagih-agihkan kepada setiap penerima yang layak
  
                                                                                        ByKABARUSBlogger