Sabtu, 29 Jun 2013

MESYUARAT GURU DAN STAF SK KABARUS KALI KE-5 TAHUN 2013

  
Pada 17 Jun 2013 (Isnin) telah diadakan mesyuarat guru dan staf kali ke-5 tahun 2013 SK KABARUS yang telah diadakan di Bilik Tayang SK KABARUS. Mesyuarat ini telah dimulakan dengan nyanyian lagu Teman Sejati SK KABARUS dan diikuti dengan pembentangan oleh guru-guru berkenaan yang menyentuh aspek-aspek merangkumi kurikulum, kokurikulum, kewangan, kerohanian dan sebagainya. Mesyuarat berakhir dengan jamuan Nasi Ayam di Retoran Mcgyver yang terletak berhampiran SK KABARUS.

Guru-guru pembentang/ sekitar mesyuarat guru dan staf kali ke-5 tahun 2013
Menjamu selera selepas mesyuarat selesai

PROGRAM PELEPASAN IKAN KE DALAM KOLAM SK KABARUS

Program ini telah berlangsung pada 16 Jun 2013 (Ahad) di mana iainya adalah salah satu program di bawah projek keceriaan sekolah. Pengusaha kantin sekolah iaitu En. Zaki dan Pn. Zabidah telah bermurah hati untuk menyumbangkan ikan-ikan tersebut dan ianya telah dilepaskan secara bergilir-gilir ke dalam kolam ikan SK KABARUS. Program ini diharapkan akan dapat menambahkan lagi keceriaan sekolah untuk manafaat bersama warga SK KABARUS.
Ikan-ikan dilepaskan secara bergilir-gilir oleh guru besar, pentadbir, guru, staf, pekerja swasta dan pengusaha kantin SK KABARUS
Kolam SK KABARUS yang indah semakin ceria dengan pelepasan ikan-ikan ke dalamnya

Ahad, 23 Jun 2013

PROGRAM PRIHATIN CAKNA CEMERLANG SK KABARUS

Pada 16 Jun 2013 (Ahad) telah diadakan majlis penyampaian 2 buah basikal iaitu sebuah kepada pelajar bertuah bernama Zaiman Irfan yang merupakan pelajar tahun 6 SK KABARUS dan sebuah lagi disampaikan kepada guru penyelaras tahun 6 iaitu cikgu Ramdzan b. Mohd. Hanipiah sebelum diberikan kepada pelajar paling cemerlang dalam UPSR 2013 nanti.


bergaya..2 buah basikal yang diperagakan semasa perhimpunan SK KABARUS

(1) Basikal Pertama

Pemberian basikal ini adalah hasil sumbangan dari para guru dan staf SK KABARUS di mana ianya dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut :

1. Pelajar miskin dan kurang berkemampuan
2. Mempunyai peningkatan ketara di dalam pembelajaran
3. Memperolehi 2 pingat emas dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan    (MSSDKTS) dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh
4. Menerima piala tokoh harapan dalam MSSDKTS
Basikal disampaikan oleh guru besar kepada pelajar Zaiman Irfan sambil disaksikan oleh semua pelajar, guru dan pentadbir SK KABARUS
 

(2) Basikal Kedua 

Sebuah lagi basikal yang dinamakan 'Basikal Impian' akan diberikan kepada salah seorang pelajar tahun 6 yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013 yang bakal diduduki tidak lama lagi. Basikal ini akan diberikan kepada pelajar berkenaan setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada para pelajar tahun 6 untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh di dalam UPSR nanti.

Basikal impian diserahkan oleh guru besar kepada guru penyelaras tahun 6 sebelum ianya berpindah milik kepada pemilik sebenar selepas keputusan UPSR 2013 diumumkan kelak
Unik..'basikal impian' yang menjadi rebutan digantung di dataran pintar SK KABARUS untuk tatapan umum

Sabtu, 22 Jun 2013

PROGRAM JOM 'SOLLEK' SURAU SEKOLAH

Program 'sollek' surau ini telah dijalankan dengan rancaknya dengan menitik beratkan keceriaan dalaman dan luaran surau. Program ini telah melibatkan semua warga SK KABARUS di mana surau dihias cantik dengan pelbagai perhiasan seperti huruf/ frame khat dan informasi bermaklumat serta turut dipenuhi dengan kelengkapan baru seperti permaidani, kipas, kabinet al-Quran dan sebagainya. Naik taraf surau ini telah menjadikannya lebih selesa untuk diimarahkan oleh para jemaah warga SK KABARUS khasnya.

(1) Pandangan bahagian hadapan surau (2) Pandangan bahagian dalaman surau &
(3)Papan info bermaklumat surau SK KABARUS
Cakna..guru besar turut serta melakukan aktiviti keceriaan di luar surau 
bersama guru dan staf serta pekerja sekolah