Selasa, 19 Ogos 2014

PERLANCARAN PERASMIAN KEM 30 HARI DAN TEMU MURNI UPSR 2014 SK KABARUS

Jadual perbandingan peningkatan keputusan 5A pelajar UPSR 2014 SK KABARUS dalam setiap peperiksaan
          Perasmian ini telah dilancarkan pada 10 Ogos 2014 (Ahad) di dewan terbuka SK KABARUS oleh En. Mohd. Adam bin Mohd. Ghazali yang merupakan Pegawai Perancangan Strategik Komunikasi Koperat juga merangkap Lembaga Pengarah CSR Yayasan Bakti Negara.

Tentatif Program :
11.00 am : Murid, guru dan jemputan mengambil tempat di dewan terbuka 
                SK KABARUS
                Ketibaan En. Mohd. Adam bin Mohd. Ghazali
              : Kata Aluan Pengacara Majlis
              : Bacaan Doa
              : Ucapan Guru Besar SK KABARUS
              : Ucapan dan perasmian Kem 30 hari oleh En. Mohd. Adam bin 
                Mohd. Ghazali
              : Upacara penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang 
                PERCUBAAN UPSR 2014
              : Bersurai

           Semasa ucapan perasmian, En. Mohd. Adam bin Mohd. Ghazali turut mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang telah dibuat oleh para pelajar UPSR 2014 SK KABARUS dan beliau turut berjanji akan menyumbangkan 3 kali ganda peruntukan kepada pihak sekolah sekiranya berjaya mencapai target 20% kejayaan mendapat 5A di dalam peperiksaan sebenar UPSR 2014 yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 September nanti. Dimaklumkan bahawa walaupun target sebenar para pelajar SK KABARUS yang mendapat 5A di dalam peperiksaan sebenar UPSR 2014 adalah seramai 15 orang, namun SK KABARUS telah mensasarkan bilangan yang lebih tinggi berdasarkan takungan pelajar yang memperolehi keputusan 3, 4 dan 5 A di dalam peperiksaan percubaan UPSR 2014 SK KABARUS iaitu seramai 19 orang.
Guru besar SK KABARUS dan En. Mohd. Adam menyampaikan ucapan masing-masing
Para pelajar khusuk/ 'respond' mendengar ucapan yang telah disampaikan
Inilah 11 pelajar unggul yang telah berjaya mendapat 5A dalam peperiksaan Percubaan UPSR 2014 SK KABARUS
          Di antara pelajar yang telah berjaya mendapat  5A dalam Percubaan UPSR 2014 dan telah disarungkan selempang 'Pelajar Unggul' di samping sijil penghargaan dan cenderahati oleh En. Adam :
Para pelajar yang mendapat 3 dan 4 A di dalam peperiksaan UPSR 2014 turut diberikan sijil penghargaan:



Kepada para pelajar tahun 6/ UPSR 2014 yang lain, En. Adam turut menyampaikan lencana UPSR kepada mereka:
Perasmi jemputan diraikan dengan cenderahati dan jamuan tengahari
Pentadbir dan YDP PIBG SK KABARUS bergambar kenangan dengan tetamu jemputan di foyer sebelum bersurai
        Sementara itu, pada sebelah paginya turut diadakan program Temu Murni di antara ibu bapa/ penjaga para pelajar tahun 6/ UPSR 2014 di dewan terbuka SK KABARUS dengan para pentadbir/ guru tahun 6 dan YDP PIBG SK KABARUS. Upacara pra penyerahan selempang, sijil dan cenderahati telah disampaikan oleh guru besar SK KABARUS kepada 11 pelajar yang memperolehi keputusan 5A di dalam peperiksaan UPSR 2014 dengan diiringi oleh ibu bapa/ penjaga masing-masing. Sijil penghargaan turut diserahkan kepada para pelajar yang memperolehi keputusan 3 dan 4 A di dalam peperiksaan tersebut.
Para pelajar tahun 6/ UPSR 2014 bersama ibu bapa/ penjaga masing-masing
Ucapan pendahuluan oleh guru besar dan YDP PIBG SK KABARUS
       Selempang 'Pelajar Unggul' beserta sijil penghargaan dan cenderahati disarungkan oleh guru besar SK KABARUS kepada para pelajar UPSR 2014 yang telah mendapat 5A dalam peperiksaan percubaan UPSR 2014 :





Para pelajar yang mendapat 3 dan 4 A di dalam peperiksaan percubaan UPSR 2014 turut diberikan sijil penghargaan :




Penyelaras tahun 6, Cikgu Ramdzan b. Hanipiah menyampaikan taklimat/ amanat kepada para pelajar dan ibu bapa/ penjaga di akhir majlis temu murni :
  
TANIAH SK KABARUS! SEMOGA KECEMERLANGAN AKAN TERUS MENJADI MILIK KITA

Pada minggu hadapan (27 Ogos 2014), selamat bertemu di Program Hasrat Memburu Impian untuk para pelajar takungan.                                                        
                                                                          ByKABARUSBlogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan