Ahad, 26 Oktober 2014

PROGRAM CAKNA PRIHATIN BANK RAKYAT DI SK KABARUS

          Program ini telah berlangsung pada 15 Oktober 2014 (Rabu) di dewan terbuka SK KABARUS bermula pada jam 9.00 pagi. Ianya telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Saiful Bahri bin Dato' Baharuddin yang juga merupakan Pegawai Penyelaras Dun Alor Limbat Kuala Terengganu. Program ini merupakan satu inisiatif dari Bank Rakyat yang telah menyumbangkan wang zakat berjumlah RM19,900 kepada SK KABARUS di mana seramai 189 orang pelajar SK KABARUS telah layak/ bermanafaat untuk menerimanya. Ibu bapa/ penjaga pelajar berkenaan turut dijemput ke program ini untuk bersama-sama dengan anak masing-masing bagi menerima sumbangan wang zakat bernilai RM100 seorang ini.
  
Aturcara Majlis :
8.00 am : Pendaftaran ibu bapa/ penjaga
            : Ibu bapa mengambil tempat di dewan.
            : Ketibaan tetamu jemputan.
            : Kata aluan pengacara majlis.
            : Bacaan doa.
            : Ucapan Guru Besar SK KABARUS.
            : Ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Saiful Bahri b. Dato' Baharuddin.
            : Penyampaian sumbangan Bank Rakyat.
            : Majlis bersurai. 

Pendaftaran ibu bapa/ penjaga di foyer
Tn. Hj. Saiful Bahri bin Dato' Baharuddin diiringi oleh Guru Besar dan PK KOKU SK KABARUS
Ucapan dari Guru Besar SK KABARUS dan Tn. Hj. Saiful Bahri bin Dato' Baharuddin
Ibu bapa/ penjaga yang hadir
           
Upacara penyerahan wang zakat kepada pelajar dengan diiringi oleh ibu bapa/ penjaga masing-masing
    

         Terdahulu replika cek bernilai RM 19,900 telah disampaikan oleh En. Muhamad Yusof bin Hashim yang merupakan Pengurus Bank Rakyat Kuala Terengganu kepada Guru Besar SK KABARUS pada 09 Oktober 2014 (Khamis) di dewan terbuka SK KABARUS.

                                                                                
                                                                                ByKABARUS Blogger