Rabu, 10 September 2014

SELAMAT BERJUANG PUTERA PUTERI SK KABARUS..UPSR 2014

        Program selangkah ke dewan peperiksaan telah diadakan pada setiap pagi jam 7.45 am di dataran perhimpunan SK KABARUS sepanjang berlangsungnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 9-11 September 2014. Para pelajar tahun 6/ UPSR bersama ibu bapa/ penjaga serta semua warga dan PIBG SK KABARUS bersama-sama berkumpul untuk memberikan suntikan motivasi terakhir kepada pelajar terlibat sebelum mereka memulakan perjuangan menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan.
 
Tentatif Program :
7.15 am   - Bacaan Yaasin / solat Hajat di surau SK KABARUS.
7.45 am   - Bacaan doa.
               - Ucapan Guru Besar SK KABARUS.
               - Perasmian Selangkah ke Dewan Peperiksaan oleh Guru Besar (9.9.2014).
               - Majlis bersalam-salaman sambil pelajar bergerak ke dewan peperiksaan
                 dengan diiringi bacaan Selawat.
               - Tepukan motivasi kepada para pelajar UPSR.


Para pelajar UPSR 2014 berkumpul dan beratur di dataran perhimpunan SK KABARUS sebelum program Selangkah ke Dewan Peperiksaan dimulakan
Guru Besar menyampaikan amanat dan kata-kata perangsang terakhir sebelum pelajar berlepas ke dewan peperiksaan
Bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Aziz b. Sulaiman untuk memohon keberkatan
'Banner' perasmian Selangkah ke Dewan Peperiksaan yang disempurnakan oleh Guru Besar SK KABARUS 
Para pelajar UPSR 2014 beratur ke dewan peperiksaan sambil berselawat dan bersalaman dengan ibu bapa dan para guru SK KABARUS

                                                                     ByKABARUSBlogger

Sabtu, 6 September 2014

PROGRAM SOLAH HAJAT UPSR 2014 SK KABARUS

        Solat hajat sempena UPSR 2014 SK KABARUS telah diadakan di surau SK KABARUS pada 04 September 2014 (Khamis). Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat telah disempurnakan setelah selesainya sembahyang fardhu Maghrib secara berjemaah. Program ini turut diimarahkan oleh ibu bapa/ penjaga para pelajar UPSR 2014 SK KABARUS yang turut mendoakan akan kejayaan cemerlang anak-anak mereka di dalam peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 9-11 September 2014 nanti.


Solat Maghrib dan solat Hajat secara berjemaah


Bacaan surah Yaasin secara beramai-ramai

Jamuan Nasi Kebuli disediakan di akhir program

YA ALLAH..ENGKAU BERIKANLAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG KEPADA PUTERA PUTERI TAHUN 6 SK KABARUS DALAM MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014...AMIN..



Warga SK KABARUS mengucapkan 'SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014' kepada para pelajar tahun 6 2014 SK KABARUS. Kami sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda..
                                                                                       ByKABARUSBlogger

Khamis, 4 September 2014

UPACARA PENYERAHAN HADIAH-HADIAH PROGRAM HASRAT MEMBURU IMPIAN (H.M.I) CEMERLANG UPSR 2014 SK KABARUS

        Pada 01 September 2014 (Isnin), telah diadakan upacara penyerahan hadiah-hadiah sempena program 'Hasrat Memburu Impian 2014' SK KABARUS yang merupakan satu program khas untuk para pelajar tahun 6/ UPSR 2014. Sebanyak 19 hadiah telah disumbangkan oleh 19 kumpulan yang telah dibahagikan khas terdiri dari para pentadbir, para guru dan para staf dan pengusaha kantin SK KABARUS. Hadiah-hadiah ini bakal diberikan kepada 19 orang pelajar UPSR terbaik 2014 yang akan diagihkan setelah keputusan UPSR 2014 diumumkan kelak.
 
         Di antara hadiah-hadiah yang telah diserahkan kepada Guru Besar SK KABARUS untuk dikumpul dan dipamerkan di pejabat SK KABARUS sebelum ianya dihadiahkan kepada 19 pelajar UPSR terbaik 2014 :

                                
        
           
     
Inilah kesemua hadiah yang bakal menjadi milik 19 orang pelajar cemerlang UPSR 2014 SK KABARUS...

                                                                                                   ByKABARUSBlogger

Selasa, 2 September 2014

MAJLIS PERLANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE-57 2014 SK KABARUS

            Bertempat di dewan terbuka SK KABARUS, majlis perlancaran bulan kemerdekaan kali ke-57 2014 peringkat SK KABARUS telah disambut dengan meriahnya pada 28 Ogos 2014 (Khamis) tepat pada jam 8.00 pagi. Beberapa aktiviti sambutan telah dirancang bagi memeriahkan lagi pengisian majlis sambutan tersebut. 

Aturcara Majlis :
8.00 am    : Ucapan Pengerusi Majlis

                 Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah
               : Bacaan Doa
               : Ucapan YDP PIBG SK KABARUS
               : Ucapan Guru Besar dan Perasmian
               : Nyanyian Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta dan Lagu Tanggal 31
               : Laungan Merdeka
               : Aktiviti Bulan Kemerdekaan :
                 - Mencipta Kata-kata Patriotisme
                 - Memakai Pakaian Beragam
                 - Pertandingan Basikal Berhias
               : Penyerahan Hadiah
10.30 am  : Rehat
11.00 am  : Pembelajaran seperti biasa
1.00 pm   : Jamuan Guru & Pembahagian Makanan kepada para pelajar
 
Ucapan pembukaan oleh YDP PIBG dan Guru Besar SK KABARUS

Upacara perasmian/ perlancaran bulan kemerdekaan ke-57 oleh YDP PIBG dan Guru Besar SK KABARUS
Para pentadbir dan guru SK KABARUS turut menyanyikan lagu-lagu patriotik kemerdekaan
     
Semangat kemerdekaan para pelajar SK KABARUS
Di antara pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan mencipta kata-kata patriotisme:
 
Di antara para pelajar yang mengambil bahagian di dalam upacara memakai pakaian beragam :

      
 
Para pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan pakaian beragam kemerdekaan
Basikal-basikal yang mengambil bahagian dalam pertandingan basikal berhias :
 
     
  

Wajah-wajah keceriaan pada sambutan bulan kemerdekaan kali ke-57 SK KABARUS :


           

Para juri untuk setiap kategori pertandingan
Di antara pemenang dalam pelbagai kategori pertandingan :


                                                                   ByKABARUSBlogger