  |
SELAMAT DATANG KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2014 SK KG. BAHARU SERADA (SK KABARUS) |
Majlis ini telah disambut dengan meriahnya pada 06 Ogos 2014 (Rabu) bersamaan dengan 10 Syawal 1435 H. Pada awal pagi, aktiviti mewarna telah disediakan kepada para pelajar di dewan SK KABARUS sementara para guru/ staf/ pekerja pula sibuk membuat persiapan terakhir untuk hiasan/ menu kiosk masing-masing yang telah dikategorikan/ dibahagikan kepada kiosk/ menu berbeza iaitu :
- Kiosk VIP - Lemang, Buah durian, Air Cendol
- Kiosk Pengurusan - Nasi, Trifle dan Kuih
- Kiosk Tahun 6 - Mee Kari, Laksa dan Spaggeti
- Kiosk PPKIBP - Nasi, Makaroni Sup dan Kuih
- Kiosk PIBG - Lemang, Ketupat dan Rendang
- Kiosk Pendidikan Islam - Mee, Roti Jala dan Air
- Kiosk Pekerja - Tapai, Kuih Tradisional dan Air
- Kiosk Kantin - Nasi dan Air Cikung
- Kiosk KAFA - Nasi, Kuih dan Buah
- Kiosk Prasekolah - Puding, Coktail dan Kek
- Kiosk Guru Pelatih - Kuih luar Terengganu
- Kiosk Murid - Nasi Minyak, Air, Aiskrim
Menjelang pukul 10.00 pagi, para tetamu jemputan/ VIP telah mula memenuhi perkarangan SK KABARUS untuk menikmati menu/ juadah yang telah disediakan di 11 buah kiosk dengan kepelbagaian menu istimewa yang berbeza. Kemeriahan sambutan hari raya ini ditambah lagi dengan riuh rendah warga SK KABARUS yang merayakan hari terbuka lebaran yang hanya menjelma setahun sekali ini.
Majlis telah dirasmikan oleh tetamu jemputan khas iaitu Tuan Haji Mohd. Yusof bin Haji Mamat selaku ketua unit (LPM) JPNT.
  |
Warga SK KABARUS sibuk menyiapkan kiosk masing-masing |
  |
Aktiviti mewarna disediakan kepada para pelajar sebelum majlis hari raya bermula |
  |
Pelbagai aneka kuih raya yang dibawa oleh para pelajar SK KABARUS |
  |
Kedudukan kiosk-kiosk dengan menu istimewa masing-masing |
  |
Di antara kiosk-kiosk yang terlibat dengan variasi menu istimewa masing-masing |
  |
Para pelajar beratur mengambil juadah masing-masing |

  |
Berselera..para pelajar menikmati juadah yang telah disediakan iaitu Nasi Minyak Ayam |
  |
Taklimat dan persembahan para pelajar turut diadakan di dewan setelah selesai menikmati juadah |
|
  |
Para jemputan/ VIP menandatangani buku pelawat yang disediakan |
|
  |
Para jemputan/ VIP menikmati juadah hari raya sambil dialunkan dengan video lagu raya |
  |
Guru besar SK KABARUS beramah mesra dengan para tetamu jemputan/VIP |
  |
Sate bakar secara 'self service' turut disediakan |
   |
Tuan Haji Mohd. Yusof bin Haji Mamat merasmikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 SK KABARUS |
  |
Cikgu Noordin dan Ustazah Rahida berjaya meneka tepat teka teki bilangan sebenar biji kacang yang terdapat di dalam bekas tertutup yang disediakan |
 |
Guru besar SK KABARUS bergambar kenangan bersama-sama perasmi dan para jemputan/ VIP yang hadir sebelum bersurai |
Rumusan Tentatif Majlis :
07.45 am - P & P seperti biasa
10.00 am - Semua pelajar berkumpul di dewan SK KABARUS
- Kehadiran tetamu/ VIP
- Majlis sambutan hari raya
- Aktiviti pelajar bersama guru di dewan
- Majlis bersurai
ByKABARUSBlogger
Tiada ulasan:
Catat Ulasan