Sabtu, 30 Mac 2013

TAHNIAH! SK KABARUS DI ATAS KECEMERLANGAN UPSR 2012

SK KABARUS adalah antara sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai target >20% 5A (iaitu 21.15% 5A) di dalam peperiksaan UPSR 2012 yang telah berlalu. Penghargaan telah diterima oleh Guru Besar SK KABARUS Mohd. Noor bin Omar dari EXCO Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman dalam satu majlis yang telah diadakan.

Guru Besar SK KABARUS menerima replika cek bernilai RM1000 dari YAB Datuk Razif b. Abd. Rahman sambil diperhatikan oleh Ketua Sektor Akademik Yang Berbahagia Zubir b. Embong
Antara sekolah penerima anugerah di dalam bidang kecemerlangan masing-masing
Bersyukur & berterima kasih di atas anugerah yang telah diberikan

Rabu, 27 Mac 2013

MAJLIS COUNTDOWN UPSR DAN PENYERAHAN KARPET KEPADA PANITIA AGAMA SK KABARUS 2013

Pada 18 Mac 2013 (Isnin), satu upacara majlis Countdown UPSR dan penyerahan karpet kepada panitia agama telah diadakan di perkarangan SK KABARUS. Majlis ini telah disaksikan oleh guru-guru dan juga para pelajar tahun 6 2013 SK KABARUS.Berikut sekitar upacara countdown UPSR dan penyerahan karpet yang telah berlangsung.

g
Cek bernilai RM1000 untuk kejayaan SK KABARUS melepasi target >20% UPSR 5A 2012
Perletakan angka tarikh sebenar UPSR 2013 oleh guru besar SK KABARUS
Pemotongan Kek kejayaan SK KABARUS
Pengagihan karpet kepada guru Panitia Agama
Perasmian Countdown UPSR 2013 oleh guru besar
Para pentadbir dan guru SK KABARUS
Majlis turut disaksikan oleh para pelajar tahun 6 SK KABARUS

Ahad, 24 Mac 2013

PROGRAM STAF CEMERLANG OUTPUT SEKOLAH BERKESAN SK KABARUS 2013

Program Staf Cemerlang Output Sekolah Berkesan SK KABARUS 2013 telah diadakan di A&W Batu Burok K. Terengganu pada 16 Mac 2013 jam 8.00 pagi dengan dirasmikan oleh YM Haji Tengku Mohd. Yusof b. Tengku Mansor selaku Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPNT. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil di sekitar program tersebut.

Barisan pentadbir SK KABARUS
Slot Pertama : di dalam dewan utama A&W
Slot Kedua : Di Ruang legar A&W 

Slot bersama Bank Rakyat turut diselitkan

Menjamu selera dengan hidangan istimewa A&W

Perasmi jemputan YM Haji Tengku Mohd. Yusof b. Tengku Mansor 
menyampaikan ceramah Staf Cemerlang Output Sekolah Berkesan dan turut menyampaikan penghargaan kepada guru/ staf cemerlang

Jumaat, 15 Mac 2013

MAJLIS PERASMIAN DATARAN PINTAR DAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SK KABARUS 2013

Majlis ini telah diadakan pada 05 Mac 2013 (Selasa) di dewan terbuka SK KABARUS. Pegawai PPDKT dan pegawai polis Chabang Tiga telah dijemput untuk merasmikan Dataran Pintar SK KABARUS yang baru sahaja siap dibina dan untuk pengurniaan watikah perlantikan kepada para pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SK KABARUS sesi 2013.
Para guru & pentadbir SK KABARUS bergambar bersama tetamu jemputan


Guru besar SK KABARUS, pegawai polis Chabang Tiga & pegawai PPDKT masing-masing menyampaikan ucapan

Majlis perasmian dataran pintar SK KABARUS dan akur janji pengawas sekolah & pengawas perpustakaan SK KABARUS 2013 yang dilantik



 


Jumaat, 1 Mac 2013

MAJLIS MESYUARAT PIBG KALI KE-20 SK KABARUS 2013

Majlis Mesyuarat PIBG kali ke-20 SK KABARUS 2013 telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 Februari 2013 pada jam 8.00 pagi di dewan terbuka SK KABARUS. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Ghani bin Awang selaku Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPNT dan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang ibu bapa/ para jemputan.
Bergambar bersama perasmi sebelum bermulanya majlis
Bacaan doa bagi memberkati majlis
Ibu bapa/ jemputan yang hadir
Perasmi Jemputan : En. Ghani b. Awang (KS Psikologi & Kaunseling JNT)
Para pelajar cemerlang UPSR 2012 turut diraikan
YDP PIBG bersama barisan AJK PIBG SK KABARUS
Mesyuarat PIBG kali ke-20 SK KABARUS dimulakan
AJK dapur...Nasi Keboli disediakan kepada para hadirin
Hamper cabutan nombor bertuah turut diberikan..