Sabtu, 29 Mac 2014

MEMO KEPADA SEMUA GURU & STAF SK KABARUS...

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru dan staf SK KABARUS kerana telah berjaya menyempurnakan KEM CUTI TERANCANG SEKOLAH SEPANJANG CUTI PETENGAHAN PENGGAL PERTAMA BERMULA 22 - 27 MAC 2014 dengan susunan program/ aktiviti yang sangat menarik dan bermanafaat kepada para pelajar khasnya.

Tentatif Program :
22 MAC 2014 - Study In Group "SIG-GB" untuk para pelajar tahun 6.
23-25 MAC 2014 - Program Galakan Membaca di Perpustakaan yang melibatkan para guru   berkenaan dan PPM untuk para pelajar tahun 1 hingga tahun 3.
23-26 MAC 2014 - Kem Insentif Subjek Terpilih yang melibatkan semua guru/ GPK untuk para pelajar tahun 4, 5 dan 6.
27 MAC 2014 - Kem Bestari Solat 2 melibatkan semua guru PAI dan J-QAF.
23-27 MAC 2014 - Program gotong royong "Oh Indahnya sekolahku" melibatkan guru besar, pekerja dan staf sekolah.

Berikut di antara foto-foto berkaitan program/ aktiviti yang dijalankan di sepanjang cuti pertengahan penggal pertama SK KABARUS:
    
Semoga SK KABARUS terus CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG selamanya...sama-samalah kita warga SK KABARUS menjayakannya...
                                                                                        By KABARUSBlogger

Jumaat, 7 Mac 2014

SK KABARUS CEMERLANG DI PERKHEMAHAN PENGAKAP KETUA SEKAWAN 2014

      SK KABARUS sekali lagi telah mengharumkan namanya setelah berjaya menyandang naib johan bagi pertandingan persembahan di sebelah malam program Perkhemahan Pengakap Ketua Sekawan 2014 bagi Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu yang telah berlangsung di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail Telaga Batin pada 27 Februari - 01 Mac 2014. Persembahan SK KABARUS bertajuk Ya Hanana yang telah disertai oleh 5 orang pelajar tahun 5 dan 5 orang pelajar tahun 6 itu telah menghasilkan satu persembahan yang cukup bertenaga dan menghiburkan di samping banyak unsur-unsur pendidikan yang terselit di dalamnya. Hadiah berupa hamper dan sijil penghargaan telah diberikan kepada para peserta.
        
Peserta SK KABARUS sedang menyiapkan khemah masing-masing di tapak pengakap Kem Telaga Batin
Upacara penyampaian hadiah dan sijil penayertaan oleh guru besar di dewan terbuka SK KABARUS

                                                                         By SKKABARUSBlogger

Ahad, 2 Mac 2014

TAHNIAH!!! SK KABARUS JUARA BERTAHAN PERTANDINGAN PERBARISAN BALAPAN DAN PADANG MSSDKTS 2014

          SK KABARUS sekali lagi muncul juara bagi pertandingan perbarisan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSDKTS) 2014 kali ke 45 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SMSS) Kuala Terengganu pada 10 Februari 2014 baru-baru ini. Tema yang unik iaitu HUTAN telah dipilih oleh SK KABARUS yang telah memikat hati  para hadirin dan para juri bagi membolehkan SK KABARUS dinobatkan sebagai juara pertandingan perbarisan Balapan dan Padang MSSDKT bagi kali ke 2 berturut-turut di mana pada tahun 2013, SK KABARUS turut menjadi johan pertandingan perbarisan dengan menggunakan LAUT sebagai temanya. Hadiah telah disampaikan oleh yang berbahagia Tn. Hj. Ngah bin Bidin (Ketua Sektor Sumber Manusia JPNT) yang juga merupakan perasmi jemputan bagi majlis ini.
Inilah perbarisan SK KABARUS dengan HUTAN sebagai temanya
'Costume' yang digunakan menarik perhatian umum
Wakil perbarisan SK KABARUS menerima hadiah kemenangan
dari yang berbahagia Tn. Hj. Ngah bin Bidin

SK KABARUS meraikan kemenangan mereka..turut hadir memberikan sokongan
adalah GPK KOKO dan guru besar SK KABARUS
                                                                               ByKABARUSblogger