Rabu, 10 Julai 2013

PROGRAM PELANCARAN BULAN SENI, JOM CONTENG-CONTENG (JCC) & IHYA RAMADHAN SK KABARUS

Pada 09 Julai 2013 (Selasa) telah diadakan sambutan 3 program serentak dalam satu majlis yang dimulai dengan Program Pelancaran Bulan Seni diikuti dengan Program Jom Conteng Conteng (JCC) dan diakhiri dengan Program Ihya Ramadhan. 
3 dalam 1...program-program yang telah dilancarkan serentak
Program Pelancaran Bulan Seni merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh panitia Seni SK KABARUS. Sempena pelancaran program ini, aspek-aspek seperti mengenal kraf tradisional, menggambar, membuat corak dan rekaan serta membentuk dan membuat binaan  telah   diketengahkan kepada para pelajar. Bahan/ projek yang telah dihasilkan turut dipamerkan kepada umum di mana ianya telah menggambarkan kreativiti yang tercipta hasil dari kesenian yang telah dihasilkan.
Kreatif..robot manusia digunakan sebagai simbolik
Program Jom Conteng Conteng (JCC) pula adalah satu program di mana semua warga SK KABARUS digalakkan untuk menconteng apa-apa sahaja pada dinding yang telah dikhaskan asalkan ianya boleh membawa dan memberi maksud yang baik untuk paparan umum. Untuk tujuan ini, ruang yang telah dikhaskan tersebut adalah dinding belakang kantin sekolah yang berkedudukan berhampiran dengan dewan terbuka SK KABARUS. Dinding ini akan dibersihkan lebih kurang 3 bulan sekali bagi memberi laluan untuk contengan yang baru. Jom warga SK KABARUS...JOM kita CONTENG-CONTENG!
Perasmian Jom Conteng-Conteng (JCC) oleh GPK 1 menggantikan guru besar
Guru-guru Penolong Kanan memulakan Jom Conteng-Conteng (JCC)
  
Guru-guru dan para pelajar juga tidak ketinggalan untuk menyertai JCC
 
Di pengakhiran sambutan majlis adalah program Ihya Ramadhan yang membesarkan kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak di mana umat Islam akan menjalani ibadah puasa pada bulan tersebut. Di samping itu perkara-perkara asas seperti niat berpuasa dan niat berbuka puasa serta perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah puasa juga turut diingatkan kepada para pelajar SK KABARUS khasnya.
Para pelajar SK KABARUS telah bersedia untuk menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak
Majlis diakhiri dengan pemberian kurma percuma kepada para pelajar, guru dan staf SK KABARUS