Rabu, 25 November 2015
Khamis, 29 Oktober 2015
PROGRAM SLAAS DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI KELANTAN DARUL NAIM
Lawatan sambil belajar SK KABARUS ke Kelantan telah diadakan pada 27 Oktober 2015 (Selasa) di mana bas bertolak dari SK KABARUS kira-kira jam 8.00 pagi. Lawatan yang telah disertai oleh 40 orang peserta terdiri dari para pentadbir, guru, staf, pekerja swasta sekolah, ahli jawatan kuasa PIBG dan juga pengusaha kantin sekolah. Tempat lawatan yang telah disasarkan adalah PKG Rantau Panjang, SK Rantau Panjang, Pekan Rantau Panjang dan bandaraya Kota Bharu. Rombongan bas SK KABARUS sempat singgah sebentar di pejabat Yayasan Bakti Negara, Jertih untuk menandatangani beberapa kertas kerja baru dan beramah mesra dengan para pegawainya. Bas bertolak balik dari Kota Bharu pada jam 6.15 petang dan sampai di perkarangan SK KABARUS kira-kira pada jam 10.30 malam.
Guru Besar sedang berdiskusi dengan pengarah Yayasan Bakti Negara, En. Mohd. Adam bin Mohd Ghazali |
En. Mohd. Adam menandatangani kertas kerja dari SK KABARUS |
Cenderahati dari SK KABARUS kepada En. Mohd. Adam telah disampaikan oleh Guru Besar dan sesi bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan Yayasan Bakti Negara |
Ucapan aluan oleh Guru Besar SK Rantau Panjang dan SK KABARUS |
Barisan pentadbir SK KABARUS dan PKG Rantau Panjang |
Sesi penyerahan dua anak pokok oleh Guru Besar SK KABARUS kepada pihak PKG Rantau Panjang |
bertukar cenderahati bagi kedua-dua belah pihak |
Makan tengahari..Nasi Goreng Kerabu dengan Ayam Goreng Berempah disajikan untuk para peserta lawatan SK KABARUS yang ditaja khas oleh PKG Rantau Panjang |
![]() ![]() |
Bergambar sejenak di Bandaraya Kota Bharu sebelum berangkat pulang ke Kuala Terengganu |
Rabu, 14 Oktober 2015
MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. LAILA BT. ABD. RAHMAN (PK HEM) SK KABARUS
Tanggal 11 Oktober 2015 (Ahad), genaplah 35 tahun tempoh perkhidmatan Pn. Hjh. Laila bt. Abd. Rahman sebagai seorang guru/ pendidik. Majlis persaraan beliau sebagai PK Hal Ehwal Murid (PK HEM) di SK Kampung Baharu Serada K. Terengganu telah disambut dengan penuh kemeriahan. Majlis sambutan bermula dari jam 9.45 pagi dengan ketibaan insan yang diraikan dan dengan kehadiran perasmi jemputan iaitu En. Jaafar bin Ismail, Ketua Unit Pengurusan Perhubungan Kemanusiaan PPD Kuala Terengganu.
Ketibaan Pn. Hjh. Laila telah disambut dengan bunga manggar serta paluan kompang dan silat. Majlis sambutan diteruskan di dewan terbuka SK KABARUS dengan tentatif program menarik yang telah disediakan.
Tentatif Program :
9.45 pagi : Berkumpul di dewan terbuka SK KABARUS.
10.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan.
Bacaan doa.
Ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar, Guru Besar, YDP PIBG, Perasmi
jemputan.
Bacaan biodata Pn. Hjh. Laila b. Abd. Rahman.
Persembahan multimedia.
Penyampaian cenderahati kepada insan yang dirai - sesi pertama.
Nyanyian/ ucapan/ acara memotong kek hari jadi/ persaraan.
11.30 pagi : Jamuan/ rehat.
12.00 tghr : Sesi kedua.
Persembahan pelajar.
Gimik/ persembahan oleh guru SK KABARUS.
Penyampaian cenderamata oleh kelas dan individu.
Acara Bersalaman.
Penutup - acara mengiringi keberangkatan insan yang dirai.
Tentatif Program :
9.45 pagi : Berkumpul di dewan terbuka SK KABARUS.
10.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan.
Bacaan doa.
Ucapan alu-aluan oleh wakil pelajar, Guru Besar, YDP PIBG, Perasmi
jemputan.
Bacaan biodata Pn. Hjh. Laila b. Abd. Rahman.
Persembahan multimedia.
Penyampaian cenderahati kepada insan yang dirai - sesi pertama.
Nyanyian/ ucapan/ acara memotong kek hari jadi/ persaraan.
11.30 pagi : Jamuan/ rehat.
12.00 tghr : Sesi kedua.
Persembahan pelajar.
Gimik/ persembahan oleh guru SK KABARUS.
Penyampaian cenderamata oleh kelas dan individu.
Acara Bersalaman.
Penutup - acara mengiringi keberangkatan insan yang dirai.
![]() ![]() |
Kehadiran Pn. Hjh. Laila bt. Abd. Rahman disambut dengan bunga manggar, tarian silat dan alunan kompang. |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
Pn. Hjh. Laila diraikan dengan diiringi oleh Guru Besar dan perasmi jemputan dari PPD |
![]() ![]() |
Para pelajar menyaksikan dengan penuh penghayatan majlis persaraan Pn. Hjh. Laila |
![]() ![]() |
Di antara cenderahati/ hadiah perpisahan/ persaraan yang telah diterima oleh Pn. Hjh. Laila |
![]() ![]() |
![]() ![]() |
Pn. Hjh. Laila sebak sebaik biodata/ kisah hidup dirinya dibacakan oleh pengacara majlis |
![]() ![]() |
Upacara pemotongan kek perpisahan/ persaraan/ hari jadi Pn. Hjh. Laila |
![]() ![]() |
Persembahan silat oleh 'team' pelajar SK KABARUS turut dipertontonkan |
![]() ![]() |
Pelajar turut membuat persembahan khas untuk Pn. Hjh. Laila |
![]() ![]() |
Meruntum jiwa..persembahan khas lagu 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' oleh para guru SK KABARUS |
![]() ![]() |
Di akhir persembahan..Pn. Hjh Laila sendiri turut membuat persembahan yang merupakan persembahan terakhirnya.. |
![]() ![]() |
Para pelajar dan guru bersalaman dengan Pn. Hjh. Laila |
![]() ![]() |
Para pelajar beratur untuk mengiringi keberangkatan Pn. Hjh. Laila dari SK KABARUS |
![]() ![]() |
Para pelajar dan warga SK KABARUS mengiringi keberangkatan Pn. Hjh. Laila yang dibawa khas dengan kenderaan yang dihias indah keluar dari SK KABARUS |
Majlis berakhir kira-kira jam 12.50 tengahari.
ByKABARUSBlogger
ByKABARUSBlogger
Khamis, 1 Oktober 2015
PROGRAM SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR SK KABARUS : SEMAIAN ANAK POKOK OLEH PEGAWAI KESIHATAN PUSAT KESIHATAN SEBERANG TAKIR



Tarikh : 28 September 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Guru Besar menyerahkan 2 anak pokok untuk disemai oleh 2 pegawai kesihatan Seberang Takir |
Pegawai kesihatan menerima anak pokok semaian dari Guru Besar untuk disemai di tempat semaian yang telah dikhaskan. |
Upacara penyemaian anak pokok...Guru Besar turut mengiringi kedua-dua pegawai kesihatan menyemai anak pokok semaian. |
Bergambar kenangan selepas upacara penyemaian anak pokok selesai. |
Setelah selesai upacara penyemaian anak pokok, pegawai kesihatan Seberang Takir meneruskan program bersama para pelajar tahap 1 dan tahap 2 SK KABARUS dengan slot pendidikan pergigian.
ByKABARUSBlogger
Langgan:
Catatan (Atom)