Jumaat, 15 Mac 2013

MAJLIS PERASMIAN DATARAN PINTAR DAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SK KABARUS 2013

Majlis ini telah diadakan pada 05 Mac 2013 (Selasa) di dewan terbuka SK KABARUS. Pegawai PPDKT dan pegawai polis Chabang Tiga telah dijemput untuk merasmikan Dataran Pintar SK KABARUS yang baru sahaja siap dibina dan untuk pengurniaan watikah perlantikan kepada para pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan SK KABARUS sesi 2013.
Para guru & pentadbir SK KABARUS bergambar bersama tetamu jemputan


Guru besar SK KABARUS, pegawai polis Chabang Tiga & pegawai PPDKT masing-masing menyampaikan ucapan

Majlis perasmian dataran pintar SK KABARUS dan akur janji pengawas sekolah & pengawas perpustakaan SK KABARUS 2013 yang dilantik



 


Jumaat, 1 Mac 2013

MAJLIS MESYUARAT PIBG KALI KE-20 SK KABARUS 2013

Majlis Mesyuarat PIBG kali ke-20 SK KABARUS 2013 telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 23 Februari 2013 pada jam 8.00 pagi di dewan terbuka SK KABARUS. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Ghani bin Awang selaku Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPNT dan telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang ibu bapa/ para jemputan.
Bergambar bersama perasmi sebelum bermulanya majlis
Bacaan doa bagi memberkati majlis
Ibu bapa/ jemputan yang hadir
Perasmi Jemputan : En. Ghani b. Awang (KS Psikologi & Kaunseling JNT)
Para pelajar cemerlang UPSR 2012 turut diraikan
YDP PIBG bersama barisan AJK PIBG SK KABARUS
Mesyuarat PIBG kali ke-20 SK KABARUS dimulakan
AJK dapur...Nasi Keboli disediakan kepada para hadirin
Hamper cabutan nombor bertuah turut diberikan..