Sabtu, 22 Jun 2013

PROGRAM JOM 'SOLLEK' SURAU SEKOLAH

Program 'sollek' surau ini telah dijalankan dengan rancaknya dengan menitik beratkan keceriaan dalaman dan luaran surau. Program ini telah melibatkan semua warga SK KABARUS di mana surau dihias cantik dengan pelbagai perhiasan seperti huruf/ frame khat dan informasi bermaklumat serta turut dipenuhi dengan kelengkapan baru seperti permaidani, kipas, kabinet al-Quran dan sebagainya. Naik taraf surau ini telah menjadikannya lebih selesa untuk diimarahkan oleh para jemaah warga SK KABARUS khasnya.

(1) Pandangan bahagian hadapan surau (2) Pandangan bahagian dalaman surau &
(3)Papan info bermaklumat surau SK KABARUS
Cakna..guru besar turut serta melakukan aktiviti keceriaan di luar surau 
bersama guru dan staf serta pekerja sekolah

Ahad, 26 Mei 2013

PROJEK AKAL (ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR) SK KABARUS

Program Cakna Cemerlang ini telah diadakan pada 23 Mei 2013 (Khamis) bertempat di dewan terbuka SK KABARUS di mana para penjaga kepada pelajar cemerlang ujian II UPSR SK KABARUS ini telah dijemput dengan penuh hormatnya.

Guru besar SK KABARUS menyampaikan ucapan utama
Para pelajar turut menyaksikan penganugerahan kecemerlangan kepada pelajar cemerlang yang diraikan
   
Ibu bapa pelajar cemerlang diberikan penghormatan untuk menyarungkan selempang ke bahu anak mereka

Wajah gembira para pelajar yang telah mendapat penganugerahan cemerlang
Para pelajar cemerlang bersama guru tahun 6 dan pihak pentadbiran atasan SK KABARUS
Amanat guru besar SK KABARUS kepada ibu bapa pelajar cemerlang selepas berakhirnya program Cakna Cemerlang