Rabu, 2 Oktober 2013

PROGRAM SEKOLAH BULAN OKTOBER HINGGA HARI AKHIR PERSEKOLAHAN 14.NOV 2013.

        Hari persekolahan kita akan berakhir tidak berapa lama lagi.Dalam sebulan setengah hari inilah merupakan detik detik penting dan sangat bermakna untuk kita hayati dan menguruskan berbagai benda,dan perkara, agar pengisian ini menjadi sangat bermakna , terurus,terancang dan terlaksana dengan tepat,betul dan berhikmah.
        Semua guru diharap dapat menjadikan hari hari terakhir ini dengan mengemaskini kan segala dokumen murid,sijil-sijil,buku ringkasan PdP,fail fail,kunci bilik dan peralatan,buku-buku murid dan rekod pelajar,ABM.kerusi meja,agar disimpan,dilabel,dan di kemaskini dengan baik.
        Peperiksaan akhir tahun yang akan dilaksanakan serentak pada akhir bulan ini perlu di siap siaga dengan ulangkaji pelajaran dengan berkesan.
        Majlis Hari Kualiti dan Hari Graduasi Tahun Enam yang akan diadakan di Dewan Auditorium Jab.Kebudayaan dan Keseniaan Kuala Ibai handaklah di urus dengan cemerlang pada 11 Nov 2013 nanti.
        Saya percaya semua  warga SK KABARUS adalah staf/guru yang terbaik dan telah terbukti cemerlang..."KITA KUAT KERANA SEPAKAT" dengan moto kita ....MENDEPANI KECEMERLANGAN..  amiiiiiiinnnn.

SELAMAT DATANG SK.RAMUAN CINA MELAKA KE SK KABARUS PADA 9 OKT.2013

Kami mengalu ngalukan kedatangan rombongan anda dengan gembira.semoga lawatan anda nanti akan menghubungkan silaturrahim antara SK Kabarus dengan SK Ramuan cima melaka.jaringan ini sangat penting untuk menjadi rakan strategik dalam proses mengoperasi PPPM yang sedang rancak diperkatakan sekarang ini .