Selasa, 29 Oktober 2013

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM JOM CONTENG-CONTENG (JCC) & SUKANEKA SEKOLAH

       Pihak sekolah telah selesai mengadakan program di atas pada 26 September 2013 (Khamis) yang telah dirasmikan oleh En. Zaifri bin Husin (Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Terengganu). Perkhemahan sekolah juga telah diadakan selama 3 hari di padang SK KABARUS melibatkan para pelajar tahun 6 manakala program JCC adalah melibatkan semua guru dan pelajar SK KABARUS di mana satu sudut telah dikhaskan di belakang kantin dan ianya telah dimenangi oleh seorang pelajar tahap 1 dan tahap 2 serta seorang guru yang telah memberikan hasil contengan yang bermotivasi dan bermatlamat.
        Selepas perasmian tersebut, tuan pengarah JKKM sempat menyuarakan bahawa SK KABARUS merupakan sekolah rendah pertama yang menjemput beliau untuk ke program yang seperti ini. Beliau berharap agar program-program yang bermanafaat seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif serta dapat menghasilkan idea yang bernas sepanjang masa. Beliau kemudiannya telah dibawa untuk menikmati juadah makan tengahari dan bubur lambut yang disiapkan oleh guru-guru dan pekerja serta staf sempena pelancaran program Teman Sejati.

    
Pentadbir SK KABARUS menyambut dan melayani tetamu jemputan En. Zaifri bin Husin, Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Terengganu

Ruangan/ dinding yang telah dikhaskan kepada para pelajar untuk membuat contengan

Antara contengan yang telah dibuat oleh para pelajar

                                                                                                 By KABARUSBLOGER                     

Selasa, 8 Oktober 2013

LAWATAN SK RAMUAN BESAR CHINA MELAKA KE SK KABARUS

Tetamu diraikan..amalan SK KABARUS
Hari ini pihak kami telah menerima kunjungan lawatan rombongan dari SK Ramuan China Besar Melaka dengan peserta mereka seramai 40 orang yang terdiri dari murid tahun enam,lima dan guru guru.Lawatan muhibbah dan rakan strategik yang telah dirancang oleh mereka ke sekitar Kuala Terengganu telah tiba pada jam 7.45 pagi di perkarangan sekolah.Mereka telah disambut meriah dengan mukkadimah pertunjukkan seni tari silat oleh dua orang pelajar,seterusnya di bawa ke kamar mesyuarat untuk sedikit taklimat oleh Tuan Guru Besar bersama pihak pengurusan sekolah. Satelah bertukar tukar cenderamata ,rombongan tersebut di jamu dengan buah duku dan rambutan serta jamuan nasi kuning .

Rombongan seterusnya di bawa melawat dan mendapat info ke Pusat Sumber sekolah,Bilik Pemulihan dan Bilik Pendidikan Khas.

Satelah hampir satu jam,mereka dibawa kedewan sekolah pula menyaksikan persembahan Kalam Jamaai yang mewakili KTS pada manggu lepas.
Salepas upacara bergambar beramai-ramai dan bersalaman dengan semua warga Kabarus,rombongan berlepas ke masjid kristal dan muzium negeri.
Selamat datang SK Ramuan Besar China ke SK KABARUS

Menarik..persembahan pencak silat SK KABARUS mengalukan kedatangan tetamu

Taklimat diberikan oleh guru besar dan PK1 SK KABARUS kepada tetamu

Tetamu dihidangkan dengan Nasi Kuning Istimewa

Tetamu turut dibawa melawat Pusat sumber, Kelas PPKIBP dan Kelas Pemulihan sekolah



Persembahan istimewa..Kalam Jamai' SK KABARUS

Persefahaman bersama..SK Ramuan China Besar Melaka & SK KABARUS

Selamat jalan..semoga jumpa lagi..