Khamis, 6 Februari 2014

KEJOHANAN TERENGGANU CITY NIGHT GAME 2014

Guru Besar, GPK KOKO dan guru-guru pembimbing hoki SK KABARUS bersama
para pemain hoki SK KABARUS dengan pingat dan sijil penghargaan masing-masing
         SK KABARUS terus cemerlang dengan mewarnai kecemerlangan kokurikulum 2014 dalam kejohanan Terengganu City Night Game 2014. Pasukan Hoki SK KABARUS telah berjaya menduduki tempat ketiga bagi zon Kuala Terengganu Selatan (KTS) selain turut menjadi pemain tunas harapan hoki bawah 12 tahun KTS. Majlis penyampaian pingat dan sijil penghargaan telah diadakan di dewan terbuka SK KABARUS bagi meraikan kejayaan pasukan hoki SK KABARUS. Semoga pasukan Hoki SK KABARUS terus berjaya di persada kokurikulum dan terus mengharumkan nama SK KABARUS di lapangan sukan.TAHNIAH pasukan Hoki SK KABARUS!!! Teruskan kecemerlangan anda..
                                                                                       By KABARUSBlogger

Isnin, 3 Februari 2014

LADAP KALI KE 2 2014 SK KABARUS

     LADAP kali ke-2 2014 SK KABARUS yang bertemakan 'Pedagogi Berkesan PdP Cemerlang Pelajar Terbilang' telah diadakan pada 26 Januari 2014 (Ahad) bertempat di mini auditorium SK KABARUS. Guru besar SK KABARUS telah sepenuhnya membentangkan 26 slaid Powerpoint dengan menggunakan pendekatan konstruktivisme yang membincangkan perkara-perkara berkaitan isu-isu semasa yang merangkumi bidang akademik dan kokurikulum serta program-program akan datang yang bakal diadakan di SK KABARUS. Kesemua guru/ staf SK KABARUS telah memberikan komitmen yang memberangsangkan di sepanjang LADAP yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam ini.   
 
Guru besar menyampaikan bahan LADAP kepada guru/ staf SK KABARUS
 
Para guru/ staf SK KABARUS fokus semasa LADAP ke-2 2014 berlangsung

                                                                              By KABARUSBlogger