Ahad, 2 Mac 2014

TAHNIAH!!! SK KABARUS JUARA BERTAHAN PERTANDINGAN PERBARISAN BALAPAN DAN PADANG MSSDKTS 2014

          SK KABARUS sekali lagi muncul juara bagi pertandingan perbarisan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSDKTS) 2014 kali ke 45 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman (SMSS) Kuala Terengganu pada 10 Februari 2014 baru-baru ini. Tema yang unik iaitu HUTAN telah dipilih oleh SK KABARUS yang telah memikat hati  para hadirin dan para juri bagi membolehkan SK KABARUS dinobatkan sebagai juara pertandingan perbarisan Balapan dan Padang MSSDKT bagi kali ke 2 berturut-turut di mana pada tahun 2013, SK KABARUS turut menjadi johan pertandingan perbarisan dengan menggunakan LAUT sebagai temanya. Hadiah telah disampaikan oleh yang berbahagia Tn. Hj. Ngah bin Bidin (Ketua Sektor Sumber Manusia JPNT) yang juga merupakan perasmi jemputan bagi majlis ini.
Inilah perbarisan SK KABARUS dengan HUTAN sebagai temanya
'Costume' yang digunakan menarik perhatian umum
Wakil perbarisan SK KABARUS menerima hadiah kemenangan
dari yang berbahagia Tn. Hj. Ngah bin Bidin

SK KABARUS meraikan kemenangan mereka..turut hadir memberikan sokongan
adalah GPK KOKO dan guru besar SK KABARUS
                                                                               ByKABARUSblogger



Ahad, 23 Februari 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG 2014 & PERASMIAN GALERI TOKOH SK KABARUS

      Pada 06 Februari 2014 (Khamis), SK KABARUS telah menjalankan 2 majlis serentak dengan jayanya iaitu Mesyuarat Agung PIBG 2014 dan Perasmian Galeri Tokoh SK KABARUS yang telah dirasmikan oleh pengarah muzium negeri Terengganu iaitu tuan Haji Muhd. Yusof bin Abdullah. 

1) Mesyuarat agung PIBG 2014
        Upacara majlis bermula kira-kira pada pukul 10.00 pagi setelah selesainya pendaftaran kehadiran ibu bapa/ penjaga. Kehadiran perasmi/ dif-dif jemputan telah dihidangkan dengan tarian silat oleh pelajar SK KABARUS dan seterusnya para tetamu jemputan diarak ke dewan terbuka SK KABARUS dengan bunga manggar sambil bersalam-salaman dengan para guru SK KABARUS di sepanjang perjalanan ke dewan.
    Setelah perasmi/ dif-dif jemputan mengambil tempat di pentas dewan terbuka SK KABARUS, lagu Negaraku dan lagu 1 Malaysia dinyanyikan beramai-ramai bersama para guru dan ibu bapa/ penjaga. Mesyuarat agung PIBG 2014 seterusnya dijalankan setelah selesainya bacaan doa dan ucapan perasmian beserta persembahan pelajar dan upacara penyampaian anugerah kecemerlangan UPSR 2013 yang berupa 2 buah basikal dan wang tunai berjumlah RM100 di samping hadiah-hadiah iringan yang lain.
Persembahan silat pembukaan menyambut ketibaan tetamu jemputan

Perasmi jemputan diiringi guru besar SK KABARUS diarak dengan bunga manggar

Nyanyian beramai-ramai lagu Negaraku dan 1 Malaysia

Persembahan pentas para pelajar SK KABARUS

 
                                       

YDP PIBG, Guru Besar SK KABARUS dan Perasmi jemputan menyampaikan ucapan masing-masing

        

Kehadiran ibu bapa/ penjaga yang menggalakkan

Sekitar mesyuarat agung PIBG 2014


Di antara pelajar cemerlang UPSR 2013 yang menerima anugerah kecemerlangan UPSR 2013

2 orang pelajar cemerlang UPSR 2013 yang bertuah menerima hadiah utama berupa sebuah basikal


 (2) Perasmian Galeri Tokoh SK KABARUS
    Bagi upacara perasmian galeri tokoh SK KABARUS pula, paluan gong dan pemotongan reben pada pintu gerbang dan pada banner tapak perasmian telah disempurnakan oleh perasmi jemputan tuan Haji Muhd. Yusof bin Abdullah. Seterusnya, perasmi jemputan dibawa untuk menyaksikan artikel/ biodata tokoh-tokoh terkenal tempatan dan luar negara/ dunia yang telah dihasilkan oleh semua staf dan guru SK KABARUS. 
     Perasmi jemputan turut dibawa ke gerai barang-barang lama/ antik/ bersejarah yang turut dibawa oleh para staf dan guru SK KABARUS yang merupakan barang peribadi masing-masing dan kebanyakannya berusia dalam lingkungan lebih 100 tahun seperti pedang, tongkat, jed China, pinggan mangkuk, kebaya nyonya, barangan ukiran dan banyak lagi yang kesemuanya berjumlah lebih dari 50 jenis barangan. 
      Kedua-dua majlis bersurai kira-kira pada pukul 12.30 tengahari setelah cabutan bertuah dan jamuan selesai.
Perasmi jemputan memalu gong dan memotong riben pada pintu gerbang dan pada banner tapak perasmian
Sudut galeri tokoh dan gerai barangan lama/ antik/ bersejarah dengan pelbagai variasi 
yang pastinya banyak memberikan info menarik dan berguna
   

Cenderahati disampaikan oleh guru besar SK KABARUS kepada perasmi jemputan sebelum majlis bersurai

                                                                                  By KABARUSBlogger