Ahad, 18 Mei 2014

SAMBUTAN HARI Q 3K SK KABARUS 2014

       Sambutan Hari Q 3K, Hari kualiti (Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan) SK KABARUS 2014 telah berlangsung pada 12 Mei 2014 (Isnin) yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa 3K SK KABARUS. Program dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SK KABARUS diikuti dengan senaman pagi/ aerobik yang telah dikendalikan oleh 2 orang fasilitator yang didatangkan khas dari Jabatan Kebudayaan Negeri Terengganu iaitu En. Yusrizal dan En. Amir. Senaman aerobik ini turut disertai oleh semua pelajar dan guru SK KABARUS yang berlangsung kira-kira selama 1 jam. Program gotong-royong beramai-ramai membersihkan kawasan sekolah kemudiannya diteruskan setelah selesainya senaman pagi/ aerobik sebelum berhenti rehat kira-kira jam 10.30 pagi. Seterusnya, ceramah dan pameran pemakanan & kesihatan telah diadakan dengan menjemput penceramah jemputan iaitu Pn. Siti Syarma  bt. Abd. Rashid yang merupakan Pegawai dari bahagian Pemakanan & Kesihatan Negeri Terengganu.
Perasmian hari Q 3K SK KABARUS yang telah disempurnakan oleh guru besar



Fasilitator yang dijemput mengendalikan senaman aerobik
Para pelajar dan guru SK KABARUS turut sama-sama mengikuti senaman aerobik
Para pelajar SK KABARUS sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah dengan pengawasan dari guru masing-masing

Ceramah dan demo pemakanan & kesihatan oleh Pegawai Pemakanan & Kesihatan Negeri Terengganu Pn. siti Syarma bt. Abd. Rashid
Pameran pemakanan dan kesihatan turut diadakan
Penyampaian sijil kecemerlangan Kokurikulum & Kurikulum
Cenderahati penghargaan turut diberikan kepada fasilitator senaman aerobik dan penceramah kesihatan jemputan
                                                                                                      ByKABARUSBlogger

Selasa, 13 Mei 2014

MAJLIS LIQA' ILMU PELANCARAN PRA HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2014 SK KABARUS

Warga SK KABARUS bergambar bersama Penceramah jemputan di Foyer SK KABARUS
       Pada 8 Mei 2014 (Khamis), majlis Liqa' Ilmu Pelancaran Pra Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di mana penceramah jemputan tersohor negara iaitu Dato' Mohd. Zawawi bin Yusoh telah dijemput ke majlis tersebut. Warga SK KABARUS telah berkumpul di foyer seawal jam 7.45 pagi bagi menyambut kedatangan beliau dan kira-kira pada jam 8.00 pagi, penceramah jemputan yang diraikan tiba dan bergambar kenangan bersama-sama dengan warga SK KABARUS sebelum diiringi ke bilik Operasi SK KABARUS untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk Guru sebagai Muaddib, Murabbi, Mudarris satu profesion mulia sepanjang hayat yang sangat memberi manafaat kepada para pendengar. Sesi soal jawab turut diadakan sebelum perasmian bilik Operasi SK KABARUS disempurnakan oleh Dato' Mohd. Zawawi bin Yusoh yang sebelumnya dikenali sebagai bilik Mesyuarat SK KABARUS. Dato' Mohd. Zawawi kemudiannya dibawa melawat ke surau sekolah sebelum menikmati jamuan yang disediakan.
Doa dibacakan oleh Penceramah jemputan sejurus ketibaannya di SK KABARUS
Ucapan aluan Pengerusi Majlis dan Guru Besar
   Dato' Mohd. Zawawi Yusoh menyampaikan ceramahnya bertajuk Guru sebagai Muaddib, Murabbi, Mudarris satu profesional mulia sepanjang hayat
Warga SK KABARUS kusyuk mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Dato' Mohd. Zawawi Yusoh
Upacara perasmian bilik Operasi SK KABARUS oleh Dato' Mohd. Zawawi Yusoh
Penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan oleh guru besar SK KABARUS
Penceramah jemputan diraikan setelah majlis selesai
Pentadbir, guru dan staf SK KABARUS tidak melepaskan peluang terakhir bergambar kenangan bersama dengan Dato' Mohd. Zawawi Yusoh sebelum beliau berangkat pulang
                                                                                                         ByKABARUSBlogger