Ahad, 10 Ogos 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ADILFITRI 2014 SK KABARUS


SELAMAT DATANG KE MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2014 SK KG. BAHARU SERADA (SK KABARUS)
            Majlis ini telah disambut dengan meriahnya pada 06 Ogos 2014 (Rabu) bersamaan dengan 10 Syawal 1435 H. Pada awal pagi, aktiviti mewarna telah disediakan kepada para pelajar di dewan SK KABARUS sementara para guru/ staf/ pekerja pula sibuk membuat persiapan terakhir untuk hiasan/ menu kiosk masing-masing yang telah dikategorikan/ dibahagikan kepada kiosk/ menu berbeza iaitu :
  • Kiosk VIP - Lemang, Buah durian, Air Cendol
  • Kiosk Pengurusan - Nasi, Trifle dan Kuih
  • Kiosk Tahun 6 - Mee Kari, Laksa dan Spaggeti
  • Kiosk PPKIBP - Nasi, Makaroni Sup dan Kuih
  • Kiosk PIBG - Lemang, Ketupat dan Rendang 
  • Kiosk Pendidikan Islam - Mee, Roti Jala dan Air
  • Kiosk Pekerja - Tapai, Kuih Tradisional dan Air
  • Kiosk Kantin - Nasi dan Air Cikung
  • Kiosk KAFA - Nasi, Kuih dan Buah
  • Kiosk Prasekolah - Puding, Coktail dan Kek
  • Kiosk Guru Pelatih - Kuih luar Terengganu
  • Kiosk Murid - Nasi Minyak, Air, Aiskrim
       Menjelang pukul 10.00 pagi, para tetamu jemputan/ VIP telah mula memenuhi perkarangan SK KABARUS untuk menikmati menu/ juadah yang telah disediakan di 11 buah kiosk dengan kepelbagaian menu istimewa yang berbeza. Kemeriahan sambutan hari raya ini ditambah lagi dengan riuh rendah warga SK KABARUS yang merayakan hari terbuka lebaran yang hanya menjelma setahun sekali ini.
        Majlis telah dirasmikan oleh tetamu jemputan khas iaitu Tuan Haji Mohd. Yusof bin Haji Mamat selaku ketua unit (LPM) JPNT.

Warga SK KABARUS sibuk menyiapkan kiosk masing-masing
Aktiviti mewarna disediakan kepada para pelajar sebelum majlis hari raya bermula
Pelbagai aneka kuih raya yang dibawa oleh para pelajar SK KABARUS
Kedudukan kiosk-kiosk dengan menu istimewa masing-masing
Di antara kiosk-kiosk yang terlibat dengan variasi menu istimewa masing-masing
Para pelajar beratur mengambil juadah masing-masing

Berselera..para pelajar menikmati juadah yang telah disediakan iaitu Nasi Minyak Ayam
Taklimat dan persembahan para pelajar turut diadakan di dewan setelah selesai menikmati juadah
Para jemputan/ VIP menandatangani buku pelawat yang disediakan
Para jemputan/ VIP menikmati juadah hari raya sambil dialunkan dengan video lagu raya
Guru besar SK KABARUS beramah mesra dengan para tetamu jemputan/VIP
Sate bakar secara 'self service' turut disediakan
Tuan Haji Mohd. Yusof bin Haji Mamat merasmikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 SK KABARUS
Cikgu Noordin dan Ustazah Rahida berjaya meneka tepat teka teki bilangan sebenar biji kacang yang terdapat di dalam bekas tertutup yang disediakan
Guru besar SK KABARUS bergambar kenangan bersama-sama perasmi dan para jemputan/ VIP yang hadir sebelum bersurai
Rumusan Tentatif Majlis : 

07.45 am - P & P seperti biasa
10.00 am - Semua pelajar berkumpul di dewan SK KABARUS
               - Kehadiran tetamu/ VIP
               - Majlis sambutan hari raya
               - Aktiviti pelajar bersama guru di dewan
               - Majlis bersurai

                                                                                      ByKABARUSBlogger

Sabtu, 2 Ogos 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & BERBUKA PUASA SK KABARUS 2014

      Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa SK KABARUS 2014 telah berjaya dilangsungkan serentak pada 17 Julai 2014 (Khamis) bersamaan 19 Ramadhan 1435 H. Majlis ini telah dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK KABARUS. Warga SK KABARUS telah bertungkus lumus dari awal pagi dengan sama-sama bergotong royong dalam membuat persiapan dari segi peralatan, juadah berbuka, tempat dan sebagainya.
       Majlis khatam bermula seawal jam 5.00 petang dengan perarakan para pelajar yang terlibat dari surau ke dewan terbuka SK KABARUS setelah selesai mengerjakan solat Asar secara berjemaah. Guru Besar SK KABARUS dan Ustaz Abdullah b. Ab. Rahman selaku Pen. Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) telah memulakan ucapan pembukaan sebelum majlis khatam al-Quran beramai-ramai yang telah diketuai oleh Imam dan bilal yang dijemput khas dari masjid Kg. Baharu Serada dimulakan.
        Menjelang masuknya waktu maghrib, persiapan/ juadah untuk berbuka puasa telah pun siap dibuat/ dihidang. Majlis berbuka puasa beramai-ramai yang turut dihadiri oleh ibu bapa/ penjaga dan masyarakat setempat telah berlangsung dengan penuh ukhwahnya yang secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturrahim bukan sahaja di kalangan warga SK KABARUS tetapi juga di kalangan penduduk setempat. 
        Majlis berakhir kira-kira jam 8.15 malam setelah para hadirin selesai menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Tentatif Majlis :
5.00 petang - Kehadiran hadirin dan dif-dif jemputan.
5.30 petang - Murid khatam al-Quran mengambil tempat di dewan.
6.00 petang - Majlis khatam bermula dan ucapan oleh Ustaz Abdullah b. Ab. Rahman
7.26 petang - Majlis berbuka puasa.
7.45 malam - Solat Maghrib/ bersurai.
Warga SK KABARUS bergotong royong dalam menyediakan juadah berbuka puasa

  
Tazkirah turut diadakan di surau SK KABARUS sebelum majlis khatam al-Quran dimulakan
       
Para pelajar khatam al-Quran berarak dari surau ke dewan terbuka SK KABARUS
       
Perarakan dimulakan oleh Guru Besar SK KABARUS dan tetamu jemputan dengan diiringi kompang serta bunga mangar
Guru Besar SK KABARUS mengiringi Imam dan Bilal jemputan untuk majlis khatam al-Quran beramai-ramai
 
Imam Masjid Kg. Baharu Serada mengetuai bacaan al-Quran dan diikuti oleh para pelajar SK KABARUS
Tenang..para pelajar SK KABARUS yang terlibat di dalam khatam al-Quran
       
Ibu bapa/ penjaga turut menyaksikan majlis khatam al-Quran beramai-ramai SK KABARUS
      
Persiapan sedang dibuat untuk majlis berbuka puasa
      
Para pelajar/ hadirin dengan juadah berbuka masing-masing
                                                                                                    ByKABARUSBlogger