Isnin, 13 April 2015

LAWATAN PENANDA ARAS DAN ILMIAH SK KABARUS

          Lawatan Penanda Aras dan Ilmiah SK KABARUS ke SK Persint 9(2) dan BTN di Jabatan Perdana Menteri Putrajaya Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 April 2015 (Jumaat). Lawatan ini telah disertai oleh seramai 41 orang yang terdiri dari para pentadbir, guru, staf serta anak kakitangan para guru/ staf SK KABARUS. 
           Bas bertolak dari perkarangan SK KABARUS kira-kira jam 9.15 pm, 09 Julai 2015 (Khamis) dan tiba ke destinasi pertama iaitu Masjid Putrajaya kira-kira pada jam 5.30 am keesokan paginya untuk menunaikan Solat Subuh dan seterusnya bersiap-siap untuk ke SK Persint 9(2) kira-kira pada jam 8.15 pagi.
             Dari SK Persint 9(2), lawatan terus ke BTN di Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 11.00 pagi dan berada di sana selama hampir 2 jam. Rombongan SK KABARUS sempat singgah sebentar di Nilai 3, Pasar Chow Kit dan Pasaraya SOGO sebelum berangkat pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 9.00 malam.

Peserta lawatan bergambar kenangan di depan Masjid Putrajaya dan sekitarnya selepas selesai menunaikan solat Fardhu Subuh

       
Guru Penolong dan Guru Besar SK Persint 9(2) menyampaikan taklimat khas kepada para pelawat warga SK KABARUS

Guru Besar SK KABARUS dan Guru Besar SK Persint 9(2) menyampaikan cenderahati masing-masing
Di antara bilik-bilik utama yang dibawa untuk dilawati oleh warga SK KABARUS
       


Di antara panorama bermaklumat di SK Persint 9(2) yang boleh dipraktikkan di SK KABARUS


Warga SK KABARUS bergambar kenangan di Foyer SK Persint 9(2) sebelum berangkat pulang

Jurucakap BTN menerangkan serba sedikit tentang BTN dan peranannya

Guru Besar SK KABARUS dan Pegawai Jurucakap BTN saling bertukar cenderamata

Sijil penghargaan diberikan kepada para peserta di akhir lawatan







Alhamdulillah..Selamat pergi dan selamat pulang..terima kasih Allah..dipermudahkan segalanya..

                                                                              ByKABARUSBlogger

Khamis, 9 April 2015

LAWATAN JALINAN SK BESERAH KE SK KABARUS

          Ketibaan warga SK BESERAH ke SK KABARUS kira-kira jam 9.50 pagi, 05 April 2015 (Ahad) telah disambut dengan meriahnya oleh warga SK KABARUS. Dengan kapasiti sebanyak 2 buah bas, para tetamu jemputan telah diraikan dengan program yang  telah disusun oleh pihak SK KABARUS.

Tentatif Program :
9.00 am    : Sambutan ketibaan warga SK BESERAH.
               : Pertunjukan mini silat di foyer.
               : Para tetamu dijemput ke bilik Mesyuarat untuk taklimat khas oleh 
                 Guru Besar SK KABARUS.
               : Para tetamu dibawa melawat ke bilik-bilik khas seperti bilik PPKI, 
                 Makmal Sains dan Pusat Sumber Sekolah.
               : Program muhibbah di dewan terbuka SK KABARUS.
               : Bergambar kenangan beramai-ramai.
               : Jamuan.
               : Mengiringi tetamu pulang.
Warga SK BESERAH sebaik tiba di SK KABARUS
Warga SK BESERAH dipersembahkan dengan pertunjukan silat oleh para pelajar SK KABARUS sebaik tiba di Foyer
Taklimat khas oleh Guru Besar SK KABARUS di bilik Mesyuarat
Cenderahati disampaikan oleh Guru Besar SK BESERAH kepada Guru Besar SK KABARUS
Lawatan ke bilik Pusat Sumber
       
Lawatan ke Makmal Sains
Lawatan ke bilik PPKI
       
Program mewarna oleh pihak PPKI yang turut disediakan untuk dicuba oleh para tetamu
Cenderahati dari SK KABARUS disampaikan kepada SK BESERAH dan upacara pemotongan kek oleh kedua-dua pentadbir sekolah
Para guru dan pentadbir kedua-dua buah sekolah bergambar kenangan
Menjamu selera sebelum berangkat pulang

                                                                                 ByKABARUSBlogger