Isnin, 27 April 2015

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SK KABARUS 2015

            Dengan anjuran Jawatankuasa PSS dan NILAM, perlancaran Kem Membaca Peringkat SK KABARUS 2015 telah berjaya diadakan pada 23 April 2015 (Khamis), jam 8.00 pagi bertempat di dewan terbuka SK KABARUS.
           Di antara objektif program ini adalah untuk memupuk budaya membaca di kalangan warga SK KABARUS, melahirkan pelajar yang sentiasa menghargai masa dengan membaca serta meningkatkan dan memperkayakan penguasaan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar.

Tentatif Program :
8.00 am - Semua pelajar dan guru berkumpul di dewan.
8.15 am - Ucapan aluan Pengacara Majlis.
            - Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, lagu Sekolah dan lagu Membaca
              Gaya Wawasan.
            - Bacaan Doa.
            - Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SK KABARUS.
            - Gimik Perlancaran.
            - Bacaan Mekanis oleh pelajar PRA SEKOLAH dan tahun 1 SK KABARUS.
            - Membaca dalam Bahasa Arab.
            - Mendeklamasikan Sajak dan Pantun oleh Guru Praktikal.
            - Persembahan Syarahan oleh pelajar Tahap 1 dan 2.
            - Permainan Teka teki kepada para pelajar SK KABARUS.
            - Mari membaca bersama-sama.
            - Bersurai. 
 
Ucapan aluan oleh Setiausaha dan Guru Besar SK KABARUS

    
Para pentadbir/guru dan pelajar menyanyikan lagu-lagu yang disediakan bersama-sama

   
Upacara perasmian Kem Membaca 1 Malaysia SK KABARUS oleh Guru Besar

Bacaan mekanis oleh pelajar PRA SEKOLAH dan pelajar Tahun 1

Di antara para pelajar yang membuat persembahan

Guru Praktikal turut mempersembahkan deklamasi Sajak dan Pantun


Soalan Teka teki dari guru kepada para pelajar

Acara mari membaca bersama-sama

Hadiah turut disampaikan kepada peserta yang membuat persembahan


"MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA"

                                                                                     ByKABARUSBlogger

Khamis, 23 April 2015

PROGRAM PERLANCARAN 'WEDNESDAY IS ENGLISH DAY' PERINGKAT SK KABARUS 2015

            Sebagai menyahut seruan YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif bin Abdul Rahman, perlancaran "Wednesday is English Day" peringkat SK KABARUS telah dilangsungkan pada 22 April 2015 (RAbu) di Dewan terbuka SK KABARUS dengan jayanya. Berikut merupakan tentatif program yang telah disusun oleh Panitia Bahasa Inggeris SK KABARUS.

8.00 am - Ucapan Pengerusi Majlis 'Wednesday is English Day'.
            - Bacaan Doa dalam Bahasa Inggeris.
            - Ucapan Guru Penolong Kanan 1 dalam Bahasa Inggeris.
            - Nyanyian lagu tema 'You Are My Sunshine'.
            - Upacara perasmian memotong riben dan gimik "Solve The Puzzle'.
            - Penyerahan 'button' yang tertulis 'Hi,I Speak English Today' kepada 
              Para Guru dan Ketua Kelas.
            - Permainan 'Poison Box' dan 'Simon Says' yang melibatkan guru dan pelajar.
            - Menyanyi bersama 'Nursery Rhymes' lagu-lagu seperti 'Head and Shoulder', 
              'If You Are Happy Clap your Hands' dan 'I Love You'.
            - 'Story Telling' oleh wakil pelajar SK KABARUS.

Program berakhir kira-kira pada jam 10.30 pagi.

Bacaan doa dan ucapan perasmian dibacakan di dalam Bahasa Inggeris

Upacara perasmian dan gimik perlancaran 'Solve The Puzzle'

Puzzle 'Hi, I Speak English Today' yang telah disiapkan oleh semua GPK

Penyelaras Bahasa Inggeris menyampaikan butang 'Hi, I Speak English Today' kepada GPK 1

GPK 1 menyampaikan butang 'Hi, I Speak English Today' kepada para guru

            Permainan 'Poison Box' dan 'Simon Says' yang melibatkan interaksi guru dan pelajar mengeratkan  lagi silaturrahim dan menghiburkan

Menyanyi bersama 'Nursery Rhymes' lagu-lagu seperti 'Head and Shoulder', 
              'If You Are Happy Clap your Hands' dan 'I Love You'

Menarik..'Story Telling' yang disampaikan oleh adik Faraf Syafiqah

                                                                                    ByKABARUSBlogger