Sabtu, 9 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK KABARUS 2013

Pada 05 Februari 2013 (Selasa) SK KABARUS telah mengadakan Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan penuh kemeriahan. Berikut antara foto-foto terpilih pada majlis sambutan tersebut :

Para pelajar membawa sepanduk Maulidur Rasul yang bewarna warni
Segak bergaya...barisan guru-guru SK KABARUS
Guru besar mengetuai perarakan Maulidur Rasul sambil berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W
Menarik..pelajar berarak dengan temanya yang tersendiri
Perarakan keluar dari kawasan sekolah
Penceramah jemputan menyampaikan ceramah Maulidur Rasul
Majlis berakahir dengan penyampaian hadiah oleh Perasmi jemputan dengan disaksikan oleh guru besar

HARI PENCARIAN ATLET SK KABARUS 2013

Hari Pencarian Atlet SK KABARUS 2013 telah diadakan pada 05 Februari 2013 (Selasa) yang melibatkan larian merentas desa bagi para pelajar tahap 2 dan beberapa permainan di dalam kawasan sekolah yang melibatkan para pelajar tahap 1. Berikut antara foto-foto aktiviti/ permainan yang telah diadakan di sepanjang hari Pencarian Atlet tersebut :

Senamrobik untuk memanaskan badan sebelum bermulanya larian
Guru besar SK KABARUS melepaskan larian

Siapa cepat dia dapat nombor...
Para pelajar Prasekolah SK KABARUS dengan aktiviti merebut kerusi
Membaling bongkah biji kacang ke dalam tong yang disediakan
Menggolek bola hoki
Membawa bola di dalam sudu

Menggolek bola menggunakan gelung

Cepat...permainan memerah air ke dalam botol menggunakan gabus

Mengepit bola yang menyeronokkan

Siapa yang dapat mengutip paling banyak gula-gula dialah pemenangnya

Hadiah disampaikan kepada para pelajar yang telah memenangi permainan