Sabtu, 30 Mac 2013

TAHNIAH! SK KABARUS DI ATAS KECEMERLANGAN UPSR 2012

SK KABARUS adalah antara sekolah-sekolah yang telah berjaya mencapai target >20% 5A (iaitu 21.15% 5A) di dalam peperiksaan UPSR 2012 yang telah berlalu. Penghargaan telah diterima oleh Guru Besar SK KABARUS Mohd. Noor bin Omar dari EXCO Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman dalam satu majlis yang telah diadakan.

Guru Besar SK KABARUS menerima replika cek bernilai RM1000 dari YAB Datuk Razif b. Abd. Rahman sambil diperhatikan oleh Ketua Sektor Akademik Yang Berbahagia Zubir b. Embong
Antara sekolah penerima anugerah di dalam bidang kecemerlangan masing-masing
Bersyukur & berterima kasih di atas anugerah yang telah diberikan

Rabu, 27 Mac 2013

MAJLIS COUNTDOWN UPSR DAN PENYERAHAN KARPET KEPADA PANITIA AGAMA SK KABARUS 2013

Pada 18 Mac 2013 (Isnin), satu upacara majlis Countdown UPSR dan penyerahan karpet kepada panitia agama telah diadakan di perkarangan SK KABARUS. Majlis ini telah disaksikan oleh guru-guru dan juga para pelajar tahun 6 2013 SK KABARUS.Berikut sekitar upacara countdown UPSR dan penyerahan karpet yang telah berlangsung.

g
Cek bernilai RM1000 untuk kejayaan SK KABARUS melepasi target >20% UPSR 5A 2012
Perletakan angka tarikh sebenar UPSR 2013 oleh guru besar SK KABARUS
Pemotongan Kek kejayaan SK KABARUS
Pengagihan karpet kepada guru Panitia Agama
Perasmian Countdown UPSR 2013 oleh guru besar
Para pentadbir dan guru SK KABARUS
Majlis turut disaksikan oleh para pelajar tahun 6 SK KABARUS