Rabu, 30 Oktober 2013

SARANA IBU BAPA 2013 & TAKLIMAT KHAS GURU BESAR SK KABARUS

Program ini telah dijalankan pada 22 Oktober 2013 (Selasa) di dewan SK KABARUS di mana objektif program ini adalah :
1. e-Sarana 
   (penjelasan penggunaan modul secara online dan juga pengisian online sarana ibu bapa.)
2. Perancangan strategik sekolah 2014.
3. Taklimat program terkini sekolah.
4. Majlis graduasi tahun 6 pada 11 November 2013.
5. Program semasa cuti sekolah
Kehadiran ibu bapa/ penjaga yang memenuhi dewan sekolah pada program ini amatlah membanggakan pihak sekolah. Kata sepakat dari progam ini juga bersetuju untuk bergotong royong memasak As-Syura pada 13 November 2013 untuk dijamu kepada semua warga Sk KABARUS dengan penglibatan bersama PIBG sekolah. Majlis selesai pada jam 10.00 am dengan minuman ringan turut disediakan kepada para ibu bapa/ penjaga.
Membanggakan.. ibu bapa/ penjaga yang hadir 
Guru besar SK KABARUS dan YDP PIBG menyampaikan taklimat

Antara ibu bapa/ penjaga yang mengemukakan soalan

Jamuan ringan disediakan kepada ibu bapa/ penjaga diakhir program

By KABARUSBLOGGER

Selasa, 29 Oktober 2013

PERASMIAN PENUTUP PROGRAM JOM CONTENG-CONTENG (JCC) & SUKANEKA SEKOLAH

       Pihak sekolah telah selesai mengadakan program di atas pada 26 September 2013 (Khamis) yang telah dirasmikan oleh En. Zaifri bin Husin (Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Terengganu). Perkhemahan sekolah juga telah diadakan selama 3 hari di padang SK KABARUS melibatkan para pelajar tahun 6 manakala program JCC adalah melibatkan semua guru dan pelajar SK KABARUS di mana satu sudut telah dikhaskan di belakang kantin dan ianya telah dimenangi oleh seorang pelajar tahap 1 dan tahap 2 serta seorang guru yang telah memberikan hasil contengan yang bermotivasi dan bermatlamat.
        Selepas perasmian tersebut, tuan pengarah JKKM sempat menyuarakan bahawa SK KABARUS merupakan sekolah rendah pertama yang menjemput beliau untuk ke program yang seperti ini. Beliau berharap agar program-program yang bermanafaat seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan para pelajar yang kreatif dan inovatif serta dapat menghasilkan idea yang bernas sepanjang masa. Beliau kemudiannya telah dibawa untuk menikmati juadah makan tengahari dan bubur lambut yang disiapkan oleh guru-guru dan pekerja serta staf sempena pelancaran program Teman Sejati.

    
Pentadbir SK KABARUS menyambut dan melayani tetamu jemputan En. Zaifri bin Husin, Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Terengganu

Ruangan/ dinding yang telah dikhaskan kepada para pelajar untuk membuat contengan

Antara contengan yang telah dibuat oleh para pelajar

                                                                                                 By KABARUSBLOGER