Rabu, 10 September 2014

SELAMAT BERJUANG PUTERA PUTERI SK KABARUS..UPSR 2014

        Program selangkah ke dewan peperiksaan telah diadakan pada setiap pagi jam 7.45 am di dataran perhimpunan SK KABARUS sepanjang berlangsungnya peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) iaitu pada 9-11 September 2014. Para pelajar tahun 6/ UPSR bersama ibu bapa/ penjaga serta semua warga dan PIBG SK KABARUS bersama-sama berkumpul untuk memberikan suntikan motivasi terakhir kepada pelajar terlibat sebelum mereka memulakan perjuangan menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan.
 
Tentatif Program :
7.15 am   - Bacaan Yaasin / solat Hajat di surau SK KABARUS.
7.45 am   - Bacaan doa.
               - Ucapan Guru Besar SK KABARUS.
               - Perasmian Selangkah ke Dewan Peperiksaan oleh Guru Besar (9.9.2014).
               - Majlis bersalam-salaman sambil pelajar bergerak ke dewan peperiksaan
                 dengan diiringi bacaan Selawat.
               - Tepukan motivasi kepada para pelajar UPSR.


Para pelajar UPSR 2014 berkumpul dan beratur di dataran perhimpunan SK KABARUS sebelum program Selangkah ke Dewan Peperiksaan dimulakan
Guru Besar menyampaikan amanat dan kata-kata perangsang terakhir sebelum pelajar berlepas ke dewan peperiksaan
Bacaan doa yang disampaikan oleh Ustaz Aziz b. Sulaiman untuk memohon keberkatan
'Banner' perasmian Selangkah ke Dewan Peperiksaan yang disempurnakan oleh Guru Besar SK KABARUS 
Para pelajar UPSR 2014 beratur ke dewan peperiksaan sambil berselawat dan bersalaman dengan ibu bapa dan para guru SK KABARUS

                                                                     ByKABARUSBlogger

Sabtu, 6 September 2014

PROGRAM SOLAH HAJAT UPSR 2014 SK KABARUS

        Solat hajat sempena UPSR 2014 SK KABARUS telah diadakan di surau SK KABARUS pada 04 September 2014 (Khamis). Bacaan Surah Yaasin dan Solat Hajat telah disempurnakan setelah selesainya sembahyang fardhu Maghrib secara berjemaah. Program ini turut diimarahkan oleh ibu bapa/ penjaga para pelajar UPSR 2014 SK KABARUS yang turut mendoakan akan kejayaan cemerlang anak-anak mereka di dalam peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 9-11 September 2014 nanti.


Solat Maghrib dan solat Hajat secara berjemaah


Bacaan surah Yaasin secara beramai-ramai

Jamuan Nasi Kebuli disediakan di akhir program

YA ALLAH..ENGKAU BERIKANLAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG DAN GEMILANG KEPADA PUTERA PUTERI TAHUN 6 SK KABARUS DALAM MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014...AMIN..



Warga SK KABARUS mengucapkan 'SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2014' kepada para pelajar tahun 6 2014 SK KABARUS. Kami sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda..
                                                                                       ByKABARUSBlogger