Selasa, 10 Februari 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

        Pada 08 Februari 2015 (Ahad), sempurnalah sudah upacara Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SK KABARUS bagi perlantikan sesi 2015. Majlis ini telah diadakan dengan penuh istiadat perlantikan dengan dirasamikan oleh Encik Wan Azmi bin Ahmad selaku Pegawai Kanan Bomba 1, Ketua Zon 1 Terengganu (Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu).
     Seramai 50 pelajar telah diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Pengawas Sekolah di mana 26 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan selebihnya adalah pelajar perempuan. Bagi perlantikan Pengawas Pusat Sumber pula, 18 orang pelajar adalah lelaki dan 21 orang pelajar adalah perempuan dengan jumlah keseluruhan seramai 39 orang pelajar.
       Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan telah berlangsung selama hampir 2 jam.

Info Ringkas Perlantikan :
  
Ketua Pengawas Lelaki                            - Muhammad Luqman Al-Hakim
Penolong Ketua Pengawas Lelaki               - Muhammad Hamirul Hazrin
Ketua Pengawas Perempuan                     - Aini Sofea
Penolong Ketua Pengawas Perempuan        - Siti Najwa Nadhirah
Ketua Pengawas Pusat Sumber                  - Luqmanul Hakim
Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber     - Nik nurafiqah 
 
Aturcara Majlis :

11.00 am   - Berkumpul di dewan.
                - Ketibaan dif jemputan.
                - Ucapan aluan Pengerusi Majlis.
                - Bacaan doa.
                - Ucapan Guru Besar.
                - Ucapan perasmian.
                - Penyampaian watikah perlantikan.
                - Ikrar Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.
                - Sesi bergambar.
                - Bersurai.
Bacaan doa bagi memberkati majlis
Ucapan utama Guru Besar dan seterusnya ucapan serta perasmian oleh Encik wan Azmi bin Ahmad
Barisan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber yang diraikan
Upacara mengetuk gong sebagai simbolik perasmian majlis
Ketua Pegawas Sekolah Lelaki dan Penolong Ketua Pengawas Lelaki
Ketua Pengawas Perempuan dan Penolong Ketua Pengawas Perempuan
Ketua Pengawas Pusat Sumber dan Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber
Di antara Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber yang diraikan


Lafaz ikrar semua Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber yang telah dilantik
:
Bersemangat...pentadbir, guru dan para pelajar sama-sama menyanyikan lagu motivasi
Perasmi jemputan, para pentadbir dan guru SK KABARUS bergambar kenangan
Para pengawas sekolah serta pengawas pusat sumber lelaki & perempuan yang dilantik bergambar bersama perasmi jemputan dan para pentadbir SK KABARUS
Cenderahati disampaikan oleh Guru Besar kepada perasmi jemputan di akhir majlis
                                                                                   ByKABARUSBlogger

Ahad, 8 Februari 2015


SELAMAT DATANG KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 22 TAHUN 2015 
SK KAMPUNG BAHARU SERADA


TARIKH :                                 11 FEBRUARI 2015
HARI :                                      RABU
MASA :                                    8.00 PAGI
DIRASMIKAN OLEH :            YM ENGKU AZIZ BIN ENGKU MAT
                                               (PENGARAH IKBN MARANG , TERENGGANU)


PELANCARAN PROGRAM 3H :
-    HARI SARANA IBUBAPA
-    HARI USAHAWAN PELAJAR
-    HARI BERTEMU PELANGGAN

10 KAUNTER AKAN DISEDIAKAN UNTUK ANDA SEMUA :
-    PAMERAN PERGIGIAN DARI KLINIK PERGIGIAN AIR JERNIH
-    KAUNTER KEDAI BUKU IBZANIS SDN BHD
-    KAUNTER KEDAI BUKU BANDAR
-    KAUNTER A & W BERSAMA MR BEAR
-    KAUNTER JUALAN PELAJAR / GURU
-    KAUNTER RAWATAN ALTERNATIF
-    KAUNTER KOGURU
-    KAUNTER BANK SIMPANAN NASIONAL
-    KAUNTER BANK RAKYAT
-    KAUNTER PAKAIAN PERCUMA

LAIN-LAIN AKTIVITI :  
40 CABUTAN BERTUAH MENANTI ANDA

** SEMUA DIJEMPUT HADIR **
 

Kedai Buku





...DATANG JANGAN TAK DATANG!!!...








Kaunter Pergigian







Kaunter A & W



















Kaunter Koperasi Guru


3 Kaunter Jualan

Kaunter Bank Simpanan Nasional




Kaunter Bank Rakyat