Selasa, 10 Mac 2015

DIALOG PRESTASI KE 3 DAN MESYUARAT GURU KALI KE 3 2015 SK KABARUS

      Bertempat di Bilik Tayang, telah diadakan Dialog Prestasi Ke 3 dan Mesyuarat Guru Kali Ke 3 pada hari Sabtu jam 8.30 pagi, 7 Mac 2015.

Agenda Mesyuarat :
~ Ucapan Guru Besar
~ Dialog Prestasi kali ke 3
~ Mesyuarat Guru
~ Laporan program/ aktiviti
~ Perancangan Kurikulum 2015 oleh En. Noor Adzmee bin Mohamad Daud
~ LADAP oleh Pn. Nur Hidayah binti Abdullan bertajuk "Smart Heart"
~ LINUS oleh Pn. Nooraini binti Mat Hussin
~ UPSR 2015 oleh Pn. Normah binti Yusof
~ Hal-hal lain

                Mesyuarat bersurai kira-kira jam 12.30 tengahari.

Slot Guru Besar dengan pelbagai bahan menarik

Laporan aktiviti kurikulum 2015 oleh Cikgu Noor Adzmee selaku GPK 1

Slot LADAP bertajuk "Smart Heart" disampaikan oleh Cikgu Nur Hidayah

Slot LINUS bersama dengan Cikgu Nooraini

Cikgu Normah dengan slotnya berkaitan UPSR 2015

Para Guru dan Staf SK KABARUS memberikan perhatian kepada para penyampai

                                                                                       ByKABARUSBlogger
                                                                                                

Isnin, 2 Mac 2015

PERLANCARAN PROGRAM 'JOM MENABUNG DENGAN BANK RAKYAT' SK KABARUS

            Pada pagi Ahad 01 Mac 2015, bertempat di dewan terbuka SK KABARUS telah berlangsungnya perlancaran program 'Jom Menabung Dengan Bank Rakyat' yang telah diadakan dengan kerjasama pihak SK KABARUS dan wakil dari Bank Rakyat.

Aturcara Program :
7.45 am  : Murid berkumpul di dewan SK KABARUS
             : Ketibaan wakil dari Bank Rakyat
             : Ucapan Pengerusi majlis
             : Bacaan doa
             : Ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian
             : Ucapan dari wakil Bank Rakyat (Pn. Azmidar bt. Darus)
             : Majlis penyampaian Tabung Nuri (12 penabung terawal)
             : Bersurai

             Program ini diharapkan agar dapat memberi kesedaran kepada murid mengenai faedah dari menabung, memupuk budaya menabung di kalangan murid, memberi pendedahan tentang cara menabung yang berkesan dan berbelanja dengan bijak serta diharapkan agar dapat memupuk belanjawan peribadi yang bijak di kalangan murid SK KABARUS.

Warga SK KABARUS dan wakil dari Bank Rakyat beramai-ramai menyanyikan lagu Negaraku

Ucapan pembukaan oleh Guru Besar SK KABARUS

Pn. Azmidar menyampaikan ucapan dan berinteraksi dengan para pelajar SK KABARUS

Para pelajar yang menerima Tabung Nuri yang merupakan di antara penabung terawal Bank Rakyat

Para pelajar dengan Tabung Nuri bergambar dengan Maskot Burung Nuri

Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar kenangan bersama dengan Maskot Burung Nuri

                                                                                                        ByKABARUSBlogger