Sabtu, 24 November 2012

TAHNIAH! SK KABARUS CEMERLANG UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2012

Semua pihak pengurusan, guru-guru dan PIBG berasa bangga dan bersyukur dengan kejayaan sekolah melakukan peningkatan di dalam semua subjek UPSR 2012. Kejayaan cemerlang ini adalah hasil kerjasama bersama dari guru-guru, PIBG dan pihak pengurusan sekolah. Kejayaan tersebut merangkumi:

1. Jumlah pelajar mendapat semua gred A dalam 5 mata pelajaran (5 A) adalah seramai 11 orang (21.15%) iaitu peningkatan sebanyak 6.08%.

2. Jumlah pelajar yang memperoleh minima C adalah sebanyak 84.62% dengan peningkatan sebanyak 17.12%.

3. Gred Purata Sekolah (GPS) adalah sebanyak 1.84 iaitu peningkatan sebanyak 0.21%.

4.  Kesemua 5 mata pelajaran juga berlaku peningkatan di mana:-
(i) Bahasa Melaysia (Pemahaman) mencapai 100% meningkat sebanyak 3.4%.
(ii)Bahasa Melaysia (Penulisan) memperolehi 96.15% dengan peningkatan       sebanyak 7.15%.
(iii)Bahasa Inggeris adalah sebanyak 84.62% peningkatan sebanyak 18.82%.
(iv)Matematik mencapai 100% iaitu peningkatan sebanyak 9.6%.
(v) Sains memperoleh 96.15% dengan peningkatan sebanyak 7.15%.


Guru besar menyerahkan keputusan penuh UPSR SK KABARUS kepada penyelaras peperiksaan sekolah dengan disaksikan oleh penyelaras UPSR dan guru-guru mata pelajaran UPSR
Guru besar, pentadbir sekolah serta YDP PIBG menyerahkan keputusan UPSR secara terbuka kepada para pelajar
Berdebar...sebelum keputusan UPSR diumumkan..
Pelajar menerima keputusan UPSR dengan penuh redha
Ibu bapa turut hadir memberikan semangat kepada anak masing-masing
Guru PK HEM menyampaikan taklimat kepada pelajar dan ibu bapa tentang kemasukan ke tingkatan 1
   

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semoga kecemerlangan ini akan terus bertapak di KABARUS. Terima Kasih kepada TEMAN SEJATI KABARUS amnya dan TEMAN SEJATI Tahun 6 2012 khasnya di atas usaha gigih dan pengorbanan sepanjang 2012.

    BalasPadam