Ahad, 23 Jun 2013

PROGRAM PRIHATIN CAKNA CEMERLANG SK KABARUS

Pada 16 Jun 2013 (Ahad) telah diadakan majlis penyampaian 2 buah basikal iaitu sebuah kepada pelajar bertuah bernama Zaiman Irfan yang merupakan pelajar tahun 6 SK KABARUS dan sebuah lagi disampaikan kepada guru penyelaras tahun 6 iaitu cikgu Ramdzan b. Mohd. Hanipiah sebelum diberikan kepada pelajar paling cemerlang dalam UPSR 2013 nanti.


bergaya..2 buah basikal yang diperagakan semasa perhimpunan SK KABARUS

(1) Basikal Pertama

Pemberian basikal ini adalah hasil sumbangan dari para guru dan staf SK KABARUS di mana ianya dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut :

1. Pelajar miskin dan kurang berkemampuan
2. Mempunyai peningkatan ketara di dalam pembelajaran
3. Memperolehi 2 pingat emas dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan    (MSSDKTS) dalam acara lompat tinggi dan lompat jauh
4. Menerima piala tokoh harapan dalam MSSDKTS
Basikal disampaikan oleh guru besar kepada pelajar Zaiman Irfan sambil disaksikan oleh semua pelajar, guru dan pentadbir SK KABARUS
 

(2) Basikal Kedua 

Sebuah lagi basikal yang dinamakan 'Basikal Impian' akan diberikan kepada salah seorang pelajar tahun 6 yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2013 yang bakal diduduki tidak lama lagi. Basikal ini akan diberikan kepada pelajar berkenaan setelah keputusan UPSR diumumkan. Ianya sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada para pelajar tahun 6 untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh di dalam UPSR nanti.

Basikal impian diserahkan oleh guru besar kepada guru penyelaras tahun 6 sebelum ianya berpindah milik kepada pemilik sebenar selepas keputusan UPSR 2013 diumumkan kelak
Unik..'basikal impian' yang menjadi rebutan digantung di dataran pintar SK KABARUS untuk tatapan umum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan