Ahad, 22 Jun 2014

MESYUARAT GURU/ STAF KE 7 DAN LADAP KE 4/ 2014

       Pada 10 Jun 2014 (Selasa), telah diadakan Mesyuarat Guru/ Staf kali ke 7 dan LADAP kali ke 4/ 2014 yang bertempat di Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bermula dari 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. 
       Setelah sesi pendaftaran guru dan staf, lagu tema SK KABARUS iaitu lagu Teman Sejati telah dinyanyikan secara beramai-ramai oleh kesemua guru/ staf SK KABARUS. Ia kemudiannya diikuti oleh bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Aziz bagi memberkati majlis sebelum ucapan aluan yang disampaikan oleh guru besar SK KABARUS.
       Pada kira-kira jam 8.30 pagi, slot pertama telah dimulakan dengan ceramah khas yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Mazlan bin Mahmud dan Tn. Hj. Kamarudzaman bin Daud yang mengetengahkan tajuk berkaitan SKPM dan sistem pengurusan fail kira-kira selama 2 jam. 
       Slot kedua bersama Bank Rakyat seterusnya disambung kira-kira selama hampir 15 minit sebelum sesi bergambar beramai-ramai para guru/ staf dan penceramah jemputan diadakan. Majlis kemudiaannya berhenti berehat seketika dengan jamuan Nasi Ayam yang turut ditaja oleh Bank Rakyat pada kira-kira jam 11.30 pagi.
       LADAP pertama kemudiannya diteruskan dengan pembentangan oleh Cikgu Suriani Ismail yang membawakan tajuk menarik iaitu 'Teamwork'. Ini diikuti oleh pembentangan dari panitia masing-masing yang disampaikan oleh wakil setiap panitia yang mengambil masa selama hampir 3 jam sebelum LADAP kedua disampaikan oleh guru besar SK KABARUS yang membawakan beberapa perkara/ isu berkaitan.
       Akhirnya, 3 orang pembentang panitia terbaik dipilih untuk diberikan hadiah sebelum majlis bersurai kira-kira pada jam 3.45 petang.
Para guru/ staf SK KABARUS

Guru besar SK KABARUS dan penceramah jemputan menyampaikan ucapan/ ceramah masing-masing
Barisan para penceramah jemputan bersama guru besar SK KABARUS
Beg yang mengandungi cenderahati turut diberikan oleh Bank Rakyat kepada guru/ staf SK KABARUS
    
Cenderahati turut diberikan kepada para penceramah jemputan oleh guru besar SK KABARUS

Sesi bergambar...guru/ staf SK KABARUS dan para penceramah jemputan
Menjamu selera dengan Nasi Ayam
LADAP 1 bersama cikgu Suriani dengan tajuknya 'Teamwork'
Di antara pembentangan oleh wakil dari panitia masing-masing :
   
Cikgu Azahar - Panitia Bahasa Melayu & Cikgu Zalina - Panitia Pendidikan Seni Visual
   
Ustazah Rahida - Panitia Kemahiran Hidup & Ustaz Aziz - Panitia Pendidikan Islam
   
Cikgu Ramdzan - Panitia Bahasa Inggeris & Cikgu Murziana - Panitia Muzik
 
Cikgu Lau - Panitia Matematik & Cikgu Zaiton - Kelas Pemulihan
LADAP ke 2 disampaikan oleh guru besar SK KABARUS
Hadiah turut disediakan kepada 3 pembentang panitia terbaik iaitu cikgu Zaiton,
cikgu Lau dan cikgu Zalina
byKABARUSBlogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan