Ahad, 24 Ogos 2014

KEM SUKAN 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S) SK KABARUS 2014

         Kem ini telah diadakan di sebelah petang pada 19 Ogos 2014 (Selasa) untuk para pelajar tahap 2 dengan anjuran jawatankuasa sukan SK KABARUS. Antara objektif program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan serta meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Tentatif Program :
3.30 pm : Pendaftaran
4.00 pm : Aktiviti Pertandingan
5.00 pm : Rehat/ Solat Asar
5.30 pm : Aktiviti Pertandingan
6.30 pm : Bersurai
Para pelajar lelaki dengan permainan bola sepak

Pelajar perempuan dengan permainan bola jaring
       Semoga dengan penglibatan para guru dengan kerjasama para pelajar dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum dapat memastikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pelajar berkualiti dalam semua bidang terutamanya kokurikulum tercapai.
                                                                            ByKABARUSBlogger

Tiada ulasan:

Catat Ulasan