Rabu, 7 Januari 2015

PROGRAM GOTONG ROYONG PASCA BANJIR DAN MAJLIS PERASMIAN TOV BENGKEL PPPM 2013 - 2025

       Sekalung ucapan syabas dan tahniah kepada semua warga Teman Sejati SK KABARUS yang telah menjayakan program gotong royong Pasca Banjir SK KABARUS pada 6 Januari 2015 (Selasa) baru-baru ini. Program ini telah berjaya membersih dan menceriakan lagi bukan sahaja kawasan sekolah malah bilik-bilik utama di setiap blok sekolah sesuai dengan moto program iaitu SEKOLAH CERIA IDAMAN KALBU.

Tentatif Program :-
8.30 - 11.30 am :
       - Taklimat oleh Guru Besar di Foyer.
       - Perasmian TOV Bengkel PPPM 2013-2025.
       - Upacara pemotongan banner banting.
       - Aktiviti gotong royong.     
       - Rehat/ jamuan ringan.

        Di samping itu, guru kelas juga turut diberikan barangan keperluan kelas masing-masing yang boleh diperolehi di pejabat sekolah untuk menyiapkan tanda nama kelas dan nama sudut belakang bagi subjek-subjek teras selain untuk digunakan bagi menceriakan lagi kelas masing-masing.

Berikut di antara foto-foto yang diambil di sepanjang program tersebut :

Perasmian TOV Bengkel PPPM 2013-2025 oleh Guru Besar
Taklimat diberikan oleh Guru besar sebelum gotong royong dimulakan

Membersihkan kolam ikan sekolah
Mengecat pagar surau sekolah
Memasang langsir
Cikgu Noraini dengan barangan keperluan kelas yang diberikan bersemangat untuk menceriakan kelasnya
Jamuan ringan selepas bergotong royong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan