Ahad, 17 Mei 2015

CERAMAH MOTIVASI DAN CAKNA PRIHATIN BERSAMA BANK RAKYAT 2015 SK KABARUS

             Ceramah motivasi dan cakna prihatin bersama Bank Rakyat yang merupakan program dua dalam satu ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 14 Mei 2015 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi di dewan terbuka SK KABARUS.
           Ceramaha motivasi kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6 beserta ibu bapa/ penjaga pelajar telah diadakan pada slot pertama program di mana En. Muhammad bin Ibrahim yang merupakan kaunselor dari SK Sultan Sulaiman I telah dijemput khas untuk menyampaikan ceramah motivasinya yang sungguh terkesan kepada hadirin yang hadir.
            Slot kedua pula merupakan sesi Bank Rakyat bersama dengan ibu bapa/ penjaga pelajar yang menerima zakat dari Bank Rakyat di mana akaun Bank Rakyat bagi penerima zakat tersebut telah dibuka pada sesi berkenaan. Taklimat ringkas oleh wakil Bank Rakyat kepada ibu bapa/ penjaga juga turut diberikan pada sesi berkenaan di samping kaunter membuka akaun Bank Rakyat juga turut disediakan kepada yang berminat.
         Jamuan ringan turut disediakan dan majlis bersurai kiri-kira pada jam 12.30 tengahari.

TENTATIF PROGRAM :

8.00 Pagi - Pendaftaran ibu bapa/ penjaga.
               - Ibu bapa/ penjaga mengambil tempat di Dewan.
               - Ketibaan tetamu jemputan.
               - Kata aluan Pengacara Majlis.
               - Bacaan doa.
               - Ucapan Guru Besar SK KABARUS.
               - Ceramah motivasi oleh En. Muhammad b. Ibrahim.
               - Taklimat ringkas oleh wakil dari Bank Rakyat.
               - Kaunter membuka akaun Bank Rakyat.
               - Jamuan.
               - Majlis bersurai.

Sesi pendaftaran ibu bapa/penjaga

Ucapan Guru Besar dan YDP PIBG di permulaan majlis

Kehadiran ibu bapa/ penjaga menggalakkan

SLOT PERTAMA - CERAMAH MOTIVASI BERSAMA ENCIK MUHAMMAD BIN IBRAHIM

Penceramah jemputan pandai bermain dengan emosi para pelajar

Interaksi bersama pelajar turut dilakukan

Ceramah motivasi telah memberikan kesan mendalam kepada para pelajar khasnya

SLOT KEDUA - CAKNA PRIHATIN BERSAMA DENGAN BANK RAKYAT

Taklimat khas telah diberikan oleh Pn. Asmidar yang merupakan wakil dari Bank Rakyat

Kaunter Bank Rakyat telah dibuka

Kaunter Bank Rakyat mendapat sambutan yang memberangsangkan

                                                                                 ByKABARUBlogger   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan